View: 1703|Reply: 5
|
[Sarawak]
1 juta vaksin bermula Jun
[Copy link]
|
|
1 juta dos vaksin Pfizer dan Sinovac setiap bulan bermula Jun - Dr Sim
Sarawak terima KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian (gambar) berkata Sarawak akan menerima 1 juta dos vaksin COVID-19 setiap bulan bermula Jun ini.
Beliau yang juga penasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata ia merupakan usaha kerajaan Negeri mencapai sasaran 70 peratus rakyat divaksin pada penghujung Ogos tahun ini.
Beliau berkata penghantaran vaksin berkenaan dijadualkan oleh Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi Jun, Julai dan Ogos tahun ini.
Tambahnya lagi, bekalan vaksin itu adalah di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan melibatkan Pfizer dan Sinovac, bukan AstraZeneca.
Menurutnya, beliau telah membantu mengatur mesyuarat secara Zoom (dalam talian) dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan hospital-hospital swasta di negeri ini bagi membincangkan persiapan penerimaan bekalan vaksin dalam jumlah yang banyak.
"Mesyuarat ini sangat berjaya. Kami berbincang mengenai kapasiti penyimpanan vaksin dan imunisasi di hospital-hospital swasta yang akan bermula 25 Mei ini," katanya menerusi satu hantaran di Facebook, malam Sabtu.
Dr Sim berkata mesyuarat itu menunjukkan semangat perpaduan dan solidariti yang tinggi semua pihak dalam peperangan menentang COVID-19.
Katanya lagi, kerajaan negeri akan membantu memudahkan Protect Health Corp KL menangani isu-isu dihadapi hospital-hospital swasta di sini.
Dalam perkembangan sama, Dr Sim berkata sehingga 20 Mei 2021, hanya 1,147,403 rakyat Sarawak yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera manakala 1 juta lagi masih belum mendaftar.
"Setakat 19 Mei 2021, kira-kira 133,421 rakyat Sarawak telah mendapat suntikan dos pertama vaksin.
"Vaksin tidak menunggu kita. Marilah kita bersama-sama berjuang menentang COVID-19 dengan mendaftar untuk mendapatkan vaksin dan melindungi diri kita sendiri serta orang lain," katanya.
Patricia Gari
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak dapat kebenaran beli 1 juta dos vaksin Sinovac - Abang Johari
Sarawak menerima kebenaran Kerajaan Pusat untuk membeli vaksin COVID-19 sendiri dalam usaha mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di negeri itu.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kebenaran itu dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan bersamanya pada dua minggu lalu.
Jelas Abang Johari, sebagai permulaan, kerajaan negeri akan membeli 500,000 dos vaksin jenis Sinovac untuk fasa pertama manakala 500,000 dos lagi untuk fasa kedua.
"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri (Muhyiddin) dua minggu lepas untuk meminta kebenaran Sarawak membeli vaksin. Beliau membenarkan kita membeli vaksin sendiri," katanya pada sidang media taklimat khas COVID-19 di Bintulu pada Rabu.
Selain itu, Abang Johari memaklumkan bahawa Kerajaan Pusat turut membenarkan Sarawak untuk menggunakan perkhidmatan hospital swasta di negeri itu sebagai pusat pemberian vaksin.
Bagaimanapun, tegas beliau, hanya hospital swasta yang digazetkan untuk menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin.
"Satu perkara yang dibenarkan oleh Perdana Menteri ialah untuk kita melihat hospital swasta yang digazetkan.
"Malah fokus juga kepada kawasan luar bandar bagi memastikan mereka ada akses untuk menerima vaksin," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dpt vaksin juta2... Tapi ramai xnak vaksin susah jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai jugak yg sedang menunggu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat Sarawak ni ramai menunggu ...
sebab lemas dah asyik kena lock down...
|
|
|
|
|
|
|
|
adik mek kerja bank... dah vaksin arituk
mak pak mek lom gik
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|