CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1448|Reply: 3

[Sarawak] GAWAI sehari jer ...

[Copy link]
Post time 23-5-2021 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Sambutan Hari Gawai pada 1 Jun ini hanya dibenarkan dirai sehari sahaja dengan tiada aktiviti ziarah atau 'ngabang' diadakan.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata prosedur operasi standard (SOP) itu berkuat kuasa di semua kawasan yang sedang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2021 01:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 01:54 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 02:15 PM | Show all posts
Ambil iktibar, patuhi SOP dan jangan kunjung-mengunjung Gawai ini - Dr Annuar


SIBU: Masyarakat Dayak di sini diingatkan supaya tidak mengadakan kunjungan mengunjungi semasa perayaan Hari Gawai Dayak yang akan datang.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapa'ee berkata, kes yang dicatatkan Sarawak sebanyak 749 kes pada semalam kebanyakannya dikesan melalui aktiviti kunjung-mengunjungi semasa Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

"Saya berharap ini akan menjadi isyarat awal atau amaran kepada masyarakat yang akan meraikan Hari Gawai Dayak supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Kita mahu mereka mengambil iktibar mengenai catatan kes hari ini (semalam) yang dikesan satu minggu selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya ketika mengemas kini situasi COVID-19 di Sibu pada sesi live Facebook, semalam.

Beliau yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan mahu masyarakat Dayak supaya berfikir sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku terhadap kes yang dicatatkan di Sarawak hari ini yang kebanyakannya dikesan melalui aktiviti kunjung-mengunjungi semasa Hari Raya Aidilfitri.

"Musim Gawai yang akan datang, fikir sedalam-dalamnya. Elakkan kunjung-mengunjungi dari rumah ke rumah. Disebabkan aktiviti inilah banyak kes dikesan semasa Hari Raya yang lalu.

"Patuhilah SOP yang sudah dikeluarkan dan kita tidak mahu kes-kes disebabkan Hari Gawai ini kelak akan bertembung dengan kes-kes yang dicetuskan semasa Hari Raya," tegasnya yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi.

Beliau turut menyuarakan kebimbangannya pada Hari Gawai Dayak yang akan tiba tidak lama lagi dan khuatir sekiranya terdapat kunjung-mengunjungi dalam kalangan masyarakatnya pada perayaan tersebut.

Dr Annuar berkata, jika keadaan ini terjadi, kesannya akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan di hospital misalnya kesesakan di hospital atau pusat kuarantin disebabkan katil yang tidak mencukupi.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka tidak mahu situasi tersebut berlaku di sini yang boleh menyebabkan fasiliti kesihatan akan lumpuh akibat tercetusnya banyak kes semasa musim perayaan.

"Saya hanya minta tiga perkara sahaja iaitu sentiasa pakai pelitup muka, jangan keluar rumah jika tiada keperluan dan kerap cuci tangan.

"Kita masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk memerangi wabak pandemik COVID-19 ini.

"Semua orang berperanan dan tidak perlu menyalahkan sesiapa.
Kita harus bekerjasama untuk meningkat kesedaran tinggi masing-masing mengenai hal ini," katanya lagi.

Dr Annuar memberitahu, Sibu mencatatkan keputusan tiga digit berturut-turut.

Jelasnya, dari 125 kes yang dicatatkan oleh Sibu pada Sabtu, 99 daripadanya direkodkan di kawasan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), 17 kes di kawasan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan sembilan kes di kawasan Sibu Jaya.

Beliau turut melahirkan kebimbangannya terhadap saringan komuniti yang mencatatkan sebanyak 50 kes dari 125 kes pada hari ini.

"Saringan komuniti ini adalah individu yang datang sendiri klinik untuk menjalani ujian saringan dan tidak tahu diri mereka dijangkiti. Ini sangat bahaya kerana ia menunjukkan virus ini ada dimana-mana di sekeliling kita," tambahnya lagi.


Watt Zacchaeus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.598472 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list