CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 6

[Sarawak] Mana satu Peranan ANDA ?

[Copy link]
Post time 23-5-2021 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Peranan Anda Terlalu BESAR !

- Kini setiap hari seolah-olah ‘sebuah bas’ masuk gaung dan semua penumpangnya  mati. Setiap hari sekitar 50 orang mati akibat Covid-19 di Malaysia.

- Petugas rumah mayat inilah yang menghantar mayat-mayat itu untuk dikebumikan. Ahli keluarga hanya boleh melihat dari jauh. Tiada kucupan terakhir untuk selamat tinggal ke alam barzah. Hanya doa yang dititip dari jauh. Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat Covid dari anak atau menantu yang berziarah.


- Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus -lumus di hospital merawat ledakan kes Covid, anda boleh bercekak pinggang berkata,”Bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU !” Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot. Ada staf ramai, peralatan jutaan ringgit, kemahiran mengendaikan pesakit dan banyak aspek lain yang sukar.

- Dalam pada itu, ada ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila makan, berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja. KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM.

- Tambahlah katil hospital banyak manapun, tetapi kalau anda tidak menghentikan malah menambah kes-kes Covid ke hospital dari SOP anda yang ke laut, semuanya tidak pernah akan cukup untuk anda.

- Semuanya hanya akan berhenti apabila anda melihat diri sendiri, berhenti menyalahkan orang tetapi menyalahkan diri sendiri.

- Peranan anda besar untuk menghentikan sebaran Covid. Caranya sama, tak berubah seperti dipesan sejak setahun lalu - pakai mask dan jauhilah manusia. Amalkan SOP ‘tanpa ruang bolos’ sedikitpun. Anggap semua ada Covid. ‘1 meter’ adalah jarak ‘keramat’. Jika mask dibuka contohnya semasa makan atau riadah...obseslah untuk jarak itu melebihi 1 meter dari mereka.

- Jangan percaya dakyah antivaksin yang suka mengeliru dan menyesatkan anda dengan slogan ‘Ikut SOP adalah mengikut telunjuk Yahudi’ kerana merekalah yang mengikut telunjuk syaitan dan mahukan anda atau keluarga anda mati sambil produk jualan mereka anda beli.


- Daftarlah untuk divaksin. Ianya satu-satunya jalan keluar kita dari pandemik ini. Jika 80% kita sudah divaksin, kita ada imuniti masyarakat. Tahun depan boleh raya, malah jika semua bagus boleh buka mask pun seperti di sesetengah negara yang siap divaksin pada kadar ini.


- Kalau anda selebriti atau pemimpin, tunjuklah contoh yang baik dengan mematuhi SOP kerana impaknya besar untuk menyatukan rakyat ikut SOP.

- Dan kalaupun selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap  untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda.  Cukuplah.


- Kita perlu berubah 180 darjah untuk memenangi perang ini. Kami tahu semua rahsia yang anda simpan kerana terbongkar di hospital - ziarah senyap-senyap, makan dekat-dekat, berhimpun senyap-senyap, berjemaah rapat-rapat secara senyap-senyap.


- Yang senyap-senyap inilah menyebabkan angka senyap-senyap naik. Sebaliknya, yang dalam senyap mematuhi SOP dengan sempurna adalah wira sebenar yang tak didendang. Anda sendiri sahaja yang tahu dalam kumpulan mana anda tergolong.

- Peranan anda dalam menentukan menang atau kalahnya perang ini teramat besar. Untuk menentukan sama ada ‘bas’ terus masuk gaung setiap hari atau tidak.

Bukan kami di hospital.

Bukan mereka yang membantu kebumikan mayat keluarga anda.

Tetapi anda.


Anda saja boleh menangkan dan anda saja yang boleh kalahkan pertarungan kita dalam perang virus ini.
Dr Alzamani Mohammad Idrose
Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Trauma
Frontliner

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2021 11:31 AM | Show all posts
Setuju yang ni ...

Ada antaranya ibu atau bapa yang mendapat Covid dari anak atau menantu yang berziarah.
dalam berebut2 kita nak balik kampung ...
nak salam mak ayah ...
kena juga pikir ...
kita ni pembawa ka...?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 11:33 AM | Show all posts
Dalam keadaan petugas kesihatan bertungkus -lumus di hospital merawat ledakan kes Covid, anda boleh bercekak pinggang berkata,”Bukalah katil lebih. Tambah jer lah katil ICU !” Malangnya katil ICU bukan katil yang dibeli di kedai perabot.
sangat sangat sangat setuju ...
ramai yang akan sentiasa mencari salah ...
takat tunding2 jari jer ...
ayat kemain main hambur jer ...

nolong nya idak ...
tak perlu tolong duit ke apa pun ...
tolong bagi semangat ... tolong hargai ... tolong jaga diri ...
tu dah memadai ...



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 11:44 AM | Show all posts
Dalam pada itu, ada ramai yang menipu diri sendiri dengan SOP yang ke laut bila makan, berziarah senyap-senyap, rentas sempadan di jalan tikus, beraya senyap-senyap, makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja. KKM dituduh tipu data dan semuanya salah KKM.

berziarah senyap-senyap

beraya senyap-senyap


makan dekat-dekat di asrama dan tempat kerja


ada buat tak...?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2021 11:45 AM | Show all posts
Dan kalaupun selebriti dan pemimpin tidak boleh diharap  untuk berperanan seperti yang diimpikan, janganlah pula anda mengikut mereka, kerana harganya dibayar oleh anda dan keluarga anda.  Cukuplah.

kan ...
ramai mengamuk ... kenapa tak adil...?
kenapa tu buat ini boleh ...

masalah nya jangan buat juga yang mana kita tau salah ...


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2021 11:47 AM | Show all posts
Kini setiap hari seolah-olah ‘sebuah bas’ masuk gaung dan semua penumpangnya  mati. Setiap hari sekitar 50 orang mati akibat Covid-19 di Malaysia.


berapa kadar kematian umum sehari 2019 dan kadar kematian sehari general 2020-2021?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-5-2021 12:08 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 23-5-2021 11:47 AM
berapa kadar kematian umum sehari 2019 dan kadar kematian sehari general 2020-2021?
Tunggu Dr Alzamani Mohammad Idrose jawab bang Abuk ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.453825 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list