View: 1278|Reply: 7
|
[Sarawak]
Covid19 22/05/2021
[Copy link]
|
|
Sarawak mencatatkan 749 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 446 atau 59.55 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kuching, Sibu, Miri dan Mukah.
Kes yang tinggi di Daerah Kuching adalah terdiri daripada kes-kes yang dikesan mempunyai kontak dengan kes-kes positif sebelum ini (melebihi 95 peratus) yang kebanyakannya merupakan ahli keluarga melibatkan pergerakan semasa Hari Raya yang lalu.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah
Kuching (149),
Sibu (125),
Miri (93),
Mukah (79),
Kanowit (49),
Bintulu (48),
Belaga (37),
Sri Aman (24),
Samarahan (21),
Kapit (20),
Selangau (16),
Serian (11),
Betong (11),
Sebauh (10),
Pakan (10),
Subis (10),
Tatau (7),
Beluru (5),
Asajaya (5),
Bau (3),
Pusa (3),
Bukit Mabong (2),
Saratok (2),
Julau (2),
Daro (2),
Sarikei (1),
Dalat (1),
Lundu (1),
Song (1)
Meradong (1).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 41,620 kes.
Daripada 749 kes baharu yang dilaporkan, seramai 80 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 615 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 573 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (14 kes bergejala);
• 74 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (2 kes bergejala);
• 60 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan;
• 41 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (4 kes bergejala);
• 1 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ) (kes tidak bergejala).
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini terdapat, dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 249 orang.
I. Kes Kematian Ke-248.
Kes kematian ke-248 adalah kes ke-41,233 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 75 tahun yang telah dirujuk ke Hospital Miri dari klinik kesihatan kerana kes mengalami sesak nafas.
Kes ini didapati mengalami gejala batuk dan demam sejak empat (4) hari yang lalu. Swab saringan COVID-19 dengan ujian rT- PCR telah dilakukan pada 20 Mei 2021 dan disahkan positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 20 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik.
II. Kes Kematian Ke-249.
Kes kematian ke-249 adalah kes ke-41,257 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas. Kes mulai mengalami gejala seperti kesukaran bernafas dan cepat lelah dalam melaksanakan aktiviti harian sejak lima (5) hari yang lepas. Swab bagi ujian saringan COVID-19 dengan rT-PCR pada 21 Mei 2021 disahkan positif COVID-19. Keadaaan kesihatan semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei 2021.
Kes mempunyai ko-morbid penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di rawat
Hari ini terdapat 769 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu:
• 408 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum;
• 113 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri;
• 82 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu;
• 48 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu;
• 30 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit;
• 27 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei;
• 21 kes dari PKRC Betong;
• 17 kes dari Hospital dan PKRC Sri Aman;
• 13 kes dari PKRC Serian; dan
• 10 kes dari PKRC Mukah.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 34,791 orang atau 83.59% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,487 orang.
Manakala, 749 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING - Lebih 95 peratus daripada 149 kes baharu Covid-19 di sini pada Sabtu adalah melibatkan pergerakan semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan, jangkitan tinggi di daerah itu terdiri daripada kes yang dikesan mempunyai kontak dengan kes positif sebelum ini dan kebanyakannya merupakan ahli keluarga mereka.
Sarawak sebelum ini memutuskan bahawa sambutan Aidilfitri di negeri itu hanya dibenarkan pada hari raya pertama dengan kehadiran keluarga terdekat.
Menurut kenyataan itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sarawak mencecah 41,620 dengan 749 kes baharu dicatatkan pada Sabtu.
Dua kematian baharu turut dicatat sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat jangkitan itu kini 249 orang.
JPBN Sarawak turut memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang (Rh) Keli, Sungai Minus, Sarikei bermula hari ini (Sabtu) hingga 7 Jun selain melanjutkan PKPD di Rh Jugo anak Gait Sungai Petai, Sarikei hingga 26 Mei. - Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lemah baca dengar berita mcm tokSik lamak gik gawai
Harap semua org plz laaa
Ikut sop.. tahan dari berjalan2
Kuar ada hal penting jak
|
|
|
|
|
|
|
|
blom Gawai tuk ... dah ada nak start palau ...
camni la SOP masa Gawai kelak
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|