Menerusi perkongsian itu, pemilik nama sebenar Stefani Germanotta itu gagal menahan air mata ketika mengenang kembali kejadian paling menyedihkan dalam hidupnya itu.
Menurut Gaga, apa yang paling memilukan lagi dalam keadaan dirinya yang sedang hamil dan dikurung berbulan-bulan di dalam sebuah studio, penerbit terbabit menghantarnya pulang ke rumah keluarga dalam keadaan dirinya yang masih trauma.
Menurut penyanyi berusia 35 tahun itu, kejadian terbabit turut mengakibatkan dia terpaksa menerima rawatan di hospital selepas sering dihantui rasa takut dan kesakitan.
Kemudian dia menyedari bahawa dia sedang menderita gangguan tekanan dan trauma.
"Saya mengalami gangguan psikologi selama beberapa tahun dan saya bukan lagi gadis yang sama. Otak saya seperti tidak berfungsi dengan baik dan sentiasa berdepan perasaan takut dan resah.
"Saya sering berasa diri saya diekori awan hitam dan seolah-olah ada yang beritahu saya tidak berharga dan harus mati," katanya.
Sehingga hari ini. Gaga tidak mendedahkan siapa penerbit itu yang pernah merogolnya.
Dia terus merahsiakan nama lelaki terbabit daripada umum kerana tidak mahu bertemu dengannya lagi.
SUMBER:
https://www.hmetro.com.my