CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5532|Reply: 24

Lisa Blackpink Warganegara Thailand yang berjaya menjadi Ikon KPOP?

[Copy link]
Post time 19-5-2021 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP? Ini Kisah Di Sebalik Kejayaan Lisa Blackpink



Industri hiburan Korea kini sudah menjadi sebuah industri hiburan antarabangsa yang dikenali dunia. Disebabkan itu, rata-rata syarikat rakaman Korea seperti YG Entertainment, SM Entertainment dan JYP Entertainment sudah mula meluaskan pengambilan trainees ke beberapa negara Asia, Eropah dan Amerika.



Kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Blackpink merupakan satu-satunya kumpulan wanita paling berpengaruh di dunia ketika ini. Terdiri daripada 4 orang ahli, 3 daripada ahli kumpulan ini merupakan trainees yang diambil dari luar negara.

Bagi yang tidak tahu, terdapat dua daripada ahli kumpulan ini yang berasal dari New Zealand dan mereka ialah Jennie dan Rosé. Jennie merupakan warga Korea yang dibesarkan di New Zealand, manakala Rosé pula merupakan gadis berbangsa Korea yang lahir dan dibesarkan di New Zealand.

Selain itu, mereka juga mempunyai ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan sendiri dan beliau dikenali sebagai Jisoo. Namun, apa yang menarik bagi ahli kumpulan ini ialah Lisa, seorang gadis yang bukan sahaja berasal dari Thailand, malah beliau juga berbangsa Thai.

Bagi yang tidak tahu, gadis jelita yang dinobatkan sebagai wanita tercantik Asia pada tahun lepas ini berasal dari Bangkok, Thailand. Beliau dilahirkan pada tanggal 27 Mac 1997 dan merupakan ahli termuda dalam Blackpink. Lisa lebih dikenali sebagai maknae dalam kumpulannya.

Nama sebenar beliau ialah Pranpriya Manoban. Lisa kemudiannya menukar nama beliau kepada Lalisa yang membawa maksud ‘yang dipuji’, dan sekarang, beliau dikenali sebagai Lisa.

Gadis Thailand yang sangat berbakat ini berusia sekitar 14 tahun ketika beliau mencuba nasib di uji bakat yang dilangsungkan oleh YG Entertainment, sebuah syarikat rakaman gergasi Korea yang melahirkan artis-artis ternama seperti 2NE1 dan BIG BANG. Dalam 4000 orang yang menyertai uji bakat, hanya Lisa sahaja yang berjaya dipilih sebagai trainee di YG Entertaiment.

Setelah lebih kurang lima tahun menjalani latihan, Lisa kemudiannya membuat kemunculan sulung di mata dunia dalam kumpulan Blackpink menerusi single hit mereka, Boombayah.

Industri hiburan Korea mempunyai sistem yang unik di mana sebelum menjadi idol, mereka harus menjalani proses latihan dan akan dinilai setiap minggu. Lisa dikatakan lulus cemerlang setiap kali beliau dan ahli kumpulannya digred oleh pihak YG.

Menurut Jennie, Lisa akan mendapat A dalam semua aspek seperti nyanyian, tarian malah rap! Tidak hairanlah apabila beliau dikatakan penari terbaik!

Dalam pada itu, Lisa turut diberi jolokan Thai Princess oleh para BLINK. Beliau juga khabarnya digelar duta tidak rasmi untuk culture Thailand oleh ahli kumpulannya.

Bukan itu sahaja, malah Lisa juga merupakan seorang ikon fesyen. Blackpink bukan sahaja berbakat malah mereka juga mempunyai rupa paras yang cantik.

Populariti serta kecantikan gadis-gadis ini membuatkan jenama-jenama besar seperti Samsung malah jenama fesyen Perancis seperti Chanel, Dior, Yves Saint Laurent dan Celine ingin berkerjasama dengan mereka.

Menurut Lisa, beliau dipilih sendiri oleh jenama Celine sebagai muse dan telah beberapa kali dilihat mengenakan barangan dari jenama tersebut dalam stail hariannya. Majalah berprestij seperti Vogue juga turut menyiarkan stail-stail ikonik Lisa.

Bukan sahaja cantik, Lisa juga seorang yang berbakat, berdedikasi serta bercita-cita ingin menjadi penyanyi sejak kecil lagi. Setelah bertahun berlatih, kini Lisa berjaya mencapai cita-citanya dengan menjadi penari utama dan rapper bagi kumpulan Blackpink.



Dalam perkembangan lain, Blackpink mempunyai dokumentari sendiri di saluran tv digital berjudul Light Up The Sky yang kini telahpun ditayangkan secara rasmi di platform strim .

Sumber:
Elite Daily, South China Morning Post, The Vocket

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita tercantik asia?celah mana?hasil plastik pn boleh jd tercantik?ai is musykil dgn beauty standard skrg..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suka lagu as if it your last ke apa
Iols baru kenal lagu tu last week
Hahahaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:30 PM | Show all posts
lg cantik lisa surihati
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mmg rupa asal dia ke? atau fake?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 19-5-2021 10:53 PM
salmon-suki replied at 19-5-2021 10:06 PM
Wanita tercantik asia?celah mana?hasil plastik pn boleh jd tercantik?ai is musykil dgn beauty standa ...


Tak heran ler uols. Peminat2 kpop ni kbykn bbnu. Ramai fans vote, tinggi ler ranking. Bukan sbb rupa tapi lebih kpd popular dikalangan bbnu je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2021 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
delia3003 replied at 19-5-2021 10:52 PM
Tak heran ler uols. Peminat2 kpop ni kbykn bbnu. Ramai fans vote, tinggi ler ranking. Bukan sbb  ...

Tulaa..maybe sbb vote drpd bbnus kpoopers kot..nak2 dorg tgh mendonia..zaman kpoop dah brlalu haa pd ai .ai knl b4 wujud kwave..dah ada kwave,ai xminat sbb ramai y minat .hihihi..now balik pd 4eva my fevret,jpop,jrock,jdorama..hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokchik suka lagu Forever Young . Dan suka tinguk Jeannie

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 19-5-2021 11:02 PM
Tulaa..maybe sbb vote drpd bbnus kpoopers kot..nak2 dorg tgh mendonia..zaman kpoop dah brlalu haa  ...

Iye, sbb ramai fans bbnu yg rajin vote. Lisa ni antara retis kpop yg top dan ramai fans sbb tu ler boleh dpt ranking tinggi. Sama je konsep dgn kategori lelaki, byk retis kpop terutama BTS tu

Iols zaman2 belajar dulu layan jugak kpop tapi dah lama 'bersara'. Kpop dah makin mainstream sekarang, tu yg tau jugak2 sket terutama retis kpop yg famous ler
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia senyum macam janna nick ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 11:49 PM | Show all posts
plastik pun leh jadi tercantik ke.....
poiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 20-5-2021 04:52 PM
airmineral replied at 19-5-2021 10:31 PM
ni mmg rupa asal dia ke? atau fake?


Rupa asal. Ada tengok gamba sheol zaman bebudak remaja kurus keding. Memang gitu la rupanya. Cuma dulu kusam skey now dah putih mayat. Blackpink takleh buat plastik segeri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 05:21 PM | Show all posts
Dia ni walau dah terkenal dengan group dia Blackpink tetap kurang nak diterima oleh warga sana sebab datang dari negara lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 06:27 PM | Show all posts
laaaaa org siam ropanya... pandai ckap siam mcm nichkun juga kah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-5-2021 04:51 PM
Rupa asal. Ada tengok gamba sheol zaman bebudak remaja kurus keding. Memang gitu la rupanya. Cum ...

Tapi hidung dia nampak laen sket. Gambar lama, hidung agak besar
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 21-5-2021 01:29 AM
delia3003 replied at 20-5-2021 11:52 PM
Tapi hidung dia nampak laen sket. Gambar lama, hidung agak besar


Nah. Akak percaya mekap, angle bergambar, dan the fact dulu budak2 sekarang dah adult suma memainkan peranan dalam membuat muka/struktur muka nampak different/lebih sharp. Tengok ja Fazura katanya buat nose job bagai padehal di poster filem pontianak2 tu kemek je hidung sheols.

Orang selalu kata Lisa buat plastik segeri berdasarkan 1 gambar ni ja.



Then kasitau akak apsal gambar sheol di bawah ni look exactly like how sheol sekarang?



Kita sundri pun cuba compare gamba dulu dan sekarang - sah2 nampak macam buat plastik segeri juga.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2021 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 20-5-2021 06:27 PM
laaaaa org siam ropanya... pandai ckap siam mcm nichkun juga kah?


Sah2 la. Sheol ni memang orang asli Siam, as in memang keturunan pribumi, bukan Chinkies ngaku Siamese. Asal pun dari tempat yang considered mundur dan miskin (Buriram). Akak yaqin luck sheol berubah bila sheol tukar nama dari Manpriya pi Lalisa (atas nasihat fortune teller. ) dan bila mak sheol menikah pak tiri kokesen sheol.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 08:56 AM | Show all posts
Edited by borrow at 21-5-2021 09:05 AM
dua_chzy replied at 21-5-2021 01:16 AM
Nah. Akak percaya mekap, angle bergambar, dan the fact dulu budak2 sekarang dah adult suma memai ...


Hidung sheols tu mcm ada alter. Tatau lah klo teknik make up ka. Dulu pnh baca YG ckp hodohnya 2NE1. Then time perkenalkan BP heols ckp ni group ala 2ne1 , tp lebih cantik. Mesti  member BP kena basuh part kecantikan kaw2.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 09:04 AM | Show all posts
Pnh tgk satu show , student tanya park min young apa rahsia cantik. Sheols cakap tunggu tamat sekolah. Nanti dh besar cantiklah Heran jugak sheols ckp pastu gelak2. Rupanya sheols ada buat PS surgery.




Chayeon Dia ni pun ngaku buat nose job.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 09:15 AM | Show all posts
Bebaru ni lyn reality show China , youth with you 3. Lisa jd mentor dlm tu. Lawa sungguh. Sheols selalu pakai baju tayang perut. Ai is jeles Ok sheols jd mentor , kkdg gedik2 manja tp mmg buat kerja. Bukan takat tayang muka ja.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.074457 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list