View: 1166|Reply: 5
|
[Sarawak]
Covid19 14/05/2021
[Copy link]
|
|
Sarawak mencatatkan 533 kes baharu COVID-19 hari ini. Sejumlah 324 atau 60.78 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Miri, Kapit, Sibu, Bintulu dan Kuching.
Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah
Miri (109),
Kapit (69),
Sibu (58),
Bintulu (46),
Kuching (42),
Belaga (40),
Sarikei (28),
Selangau (26),
Meradong (21),
Pakan (18),
Kanowit (15),
Serian (13),
Sebauh (11),
Song (7),
Sri Aman (7),
Tatau (6),
Mukah (5),
Lubok Antu (4),
Bau (2),
Pusa (2),
Bukit Mabong (1),
Subis (1),
Julau (1)
Samarahan (1)
Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,654 kes.
Daripada 533 kes baharu yang dilaporkan, seramai 38 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 439 orang adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:
• 380 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (Tiada kes bergejala).
• 59 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (Tiada kes bergejala).
• 56 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (tiada kes bergejala).
• 38 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini terdapat satu(1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID- 19 telah meningkat kepada 215 orang.
I. Kes Kematian Ke-215.
Kes kematian ke-215 adalah kes ke-32,307 yang melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 60 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak bagi menjalani rawatan akibat komplikasi perebakan kanser.
Swab pada 03 Mei 2021 bagi ujian rT-PCR adalah positif COVID-19.
Kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 13 Mei 2021.
Kes juga mempunyai ko-morbid lain iaitu penyakit kencing manis dan darah tinggi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam sama jer jika ada kematian yang positip Covid ni ...
- kencing manis
- darah tinggi
- sakit jantung
|
|
|
|
|
|
|
|
Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif)
Hari ini terdapat 497 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini iaitu:
• 140 kes dari Hospital Sibu dan PKRC di di bawah Hospital Sibu;
• 110 kes dari Hospital Bintulu dan PKRC di bawah Hospital Bintulu;
• 51 kes dari PKRC Betong;
• 40 kes dari Hospital Miri dan PKRC di bawah Hospital Miri;
• 38 kes dari Hospital Umum Sarawak dan PKRC di bawah Hospital Umum Sarawak;
• 35 kes dari Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei;
• 30 kes dari Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit;
• 26 kes dari Hospital dan PKRC Sri Aman;
• 15 kes dari PKRC Serian; dan
• 12 kes dari PKRC Mukah.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 30,885 orang atau 82.02% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 6,474 orang.
Manakala, 534 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Meradong lagi ...
Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu (1) kluster baharu iaitu Kluster Sungai Rayah, Meradong. Ringkasan kluster tersebut adalah seperti berikut:
I. KLUSTER SUNGAI RAYAH, MERADONG
Kluster Sungai Rayah merupakan satu kluster komuniti yang dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Sungai Rayah, Bintangor di Daerah Meradong. Sejumlah 50 individu telah disaring di mana:
• 13 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 37 kes didapati keputusan negatif
Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk ke Hospital Sarikei serta telah dimasukkan ke PKRC di Daerah Sarikei dan Meradong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut. Kesemua kontak rapat telah dikenalpasti dan telah diberi arahan kuarantin.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|