View: 1552|Reply: 9
|
'Asisten Komisioner' mohon rentas negeri ditahan
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Seorang warga emas sanggup menyamar sebagai pegawai kanan polis bagi mendapatkan kelulusan permohonan rentas negeri sebelum dia ditahan di Balai Polis Petaling Jaya, kelmarin
Lelaki berusia 65 tahun datang ke balai polis bagi memohon permit rentas negeri pada jam 9 malam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fahkrudin Abdul Hamid, berkata suspek menunjukkan gambarnya memakai pakaian seragam polis di telefonnya kepada anggota polis bertugas.
"Suspek mengaku bergelar 'Datuk' dan berpangkat Asisten Komisioner tanpa menunjukkan sebarang bukti identiti sebagai pegawai kanan polis.
"Anggota polis yang bertugas ketika itu meminta suspek mengemukakan dokumen yang menunjukkan dia adalah pegawai kanan polis namun suspek gagal berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, susulan itu, suspek ditahan kerana gagal mempamerkan sebarang kad identiti dan kad kuasa serta menyamar sebagai penjawat awam.
"Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan," katanya.
Sumber : Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baik nyamar jadi cikgu PJJ senang nk rentas |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi ACP pun kena mohon kebenaran merentas.. ACP balai Mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik. Nak tau pasal apa beliau desperate nak rentas. {:question |
|
|
|
|
|
|
|
perh ACP dah pangkat datuk. tak buat reserach ke pakcik. sedangkan ACP ezanee pun tak ada datuk. hahaha
lucu lah pakcik. dah tu boleh pulak minta rentas kat balai |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 11-5-2021 12:44 AM
Jadi ACP pun kena mohon kebenaran merentas.. ACP balai Mana?
Acp daerah mana? Apsal tak ngaku tuan komisioner terus?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak balik negeri mana tu pakcik? {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg terdesak nak rentas nak jumpa anak cucu kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2la dah 65 tahun ingat masih dlm service lg ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|