CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5674|Reply: 9

Lelaki Dan Jam Tangan mana satu menjadi pilihan

[Copy link]
Post time 3-5-2021 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Pemilihan jenama jam tangan lelaki kini menjadi penting buat lelaki moden.

Ini kerana pemakaian jam tangan juga melambangkan personaliti seseorang.

Dengan pelbagai pilihan jenama dan rekaan jam tangan terkini di pasaran, pastinya ramai yang inginkan satu jenama yang menepati citarasa anda.

Pemakaian jam tangan dapat menggambarkan personaliti dan identiti seseorang lelaki.

Ia bukan sekadar untuk mengetahui masa sahaja. Kini jam tangan menjadi aksesori wajib kepada lelaki untuk membolehkan mereka tampak bergaya dan stail.

Jika berjalan ke shopping mall, mata si lelaki pasti tak terlepas dari memandang butik atau kedai jam berjenama untuk melihat rekaan terkini.

Berikut kami kongsikan beberapa tips penting untuk membeli jam tangan lelaki.

1. Ketahanan

Teliti jenis bahan atau material jam tangan berkenaan untuk mengetahui ketahanannya.

Elakkan memilih jam tangan dari jenis kulit sekiranya anda seorang yang kuat berpeluh.

2. Jenama

Kualiti sesuatu barangan biasanya hadir dengan harga yang sedikit mahal.

Adalah dinasihatkan untuk membaca review terlebih dahulu untuk mengetahui performance dan kualiti jam tangan berkenaan.

Yang penting, jangan tergesa-gesa membuat keputusan untuk membeli.

3. Ukuran

Setiap jam mempunyai ukuran lebar badan dan panjang tali yang berbeza.

Sebagai panduan, jangan beli jam tangan yang badannya lebih lebar dari pergelangan tangan anda.

4. Gerakan Jam

Antara hal terpenting sebeluum membeli jam adalah anda perlu tahu sama ada jam digerakkan sama ada menggunakan fungsi bateri, quartz atau mekanikal.

Fungsinya tetap sama walaupun berbeza dari segi aplikasi dalaman jam.

5. Fungsi Jam

Pastikan anda beli jam yang memenuhi keperluan dan kehendak anda.

Misalnya jika anda seorang yang aktif dan bersukan, adalah digalakkan untuk memilih jam tangan pintar.

Manakala rekaan klasik pula sesuai buat mereka yang mahu tampil segak dan elegan.

10 Jenama Jam Tangan Lelaki Terkini

1. Rolex



Antara jenama jam yang disukai oleh golongan korporat di majlis-majlis rasmi.

Pengasas kepada jenama jam tangan mewah ini ialah Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Mula beroperasi di London, England pada tahun 1905.

Rolex merupakan antara 10 jenama jam tangan mewah yang termahal di dunia seperti yang disenaraikan pada 2018.

2. Seiko



Jenama yang berasal dari Jepun ini mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi lambang maskulin pada setiap lelaki yang memakainya.

Diasaskan pada tahun 1881 oleh Kintaro Hattori, Seiko sebenarnya membawa maksud ‘indah dan kejayaan’.

3. Tissot



Walaupun harganya sedikit mahal dari jenama yang lain, Tissot tetap menjadi buruan ramai lelaki yang mementingkan gaya, kualiti dan karakter.

Jenama jam tangan Tissot ini telah diasaskan oleh Charles-Félicien Tissot dan anaknya Charles-émile Tissot di Swiss City, Switzerland.

Jenama jam tangan ini pernah bekerjasama dengan selebriti, pemain bola keranjang, pelakon, pemain kriket, dan pelumba MotoGP yang menjadi duta mereka.

4. Fossil


Antara jenama jam tangan lelaki yang berkualiti tinggi.

Diasaskan sejak tahun 1984, Fossil menawarkan koleksi jam tangan yang berbagai rekaan serta dihasilkan dengan bahan yang terbaik.

Jam tangan berjenama Fossil ini sesuai dipakai harian atau ketika majlis formal. Selain itu, ia juga boleh dijadikan hadiah kepada orang yang tersayang.

5. Tag Heuer



Jenama ini menjadi pilihan ramai lelaki yang sukakan gaya klasik, moden dan mewah.

Dengan pengalaman hampir 100 sebagai jenama jam tangan terkemuka di dunia, tidak hairanlah orang menjadikan Tag Heuer sebagai koleksi jam tangan utama.

Diasaskan di Switzerland, Tag Heuer pernah menjadi jenama jam tangan mewah yang terunggul pada tahun 1990-an.

6. G-Shock


Biasa tengok jam G-Shock? Jam ini merupakan salah satu jam di bawah jenama Casio yang sangat diminati seluruh masyarakat dunia termasuk di Malaysia.

Rata-rata orang muda sukakan G-Shock kerana fungsinya, reka bentuk dan warna yang pelbagai.

Kelebihan yang ada pada G-Shock adalah kemudahan jam randik (stop watch), iaitu penting ketika aktiviti sukan atau semasa di gym.

7. Casio


Casio berasal dari Jepun dan diasaskan pada tahun 1946 oleh Tadao Kashio.

Bukan sahaja popular dengan rekaan jam tangan, Casio juga hadir dengan ciptaan kalkulator saintifik.

Dalam pada kita menyebut jam tangan jenama antarabangsa yang digilai ramai, rupa-rupanya jenama jam tangan lelaki buatan tempatan juga tidak kurang hebatnya.

Ia diyakini berkualiti tinggi malah dijual dengan harga yang berpatutan.

8. Perfecto Black Leather Watch by Massa Collection


Jam tangan lelaki jenis kulit dengan badan konograf bewarna rose gold.

Sesuai buat individu yang sukakan gaya klasik dan mewah.

9. Perfecto Brown Leather Watch by Massa Collection


Jika anda kurang gemar dengan warna hitam, apa kata pilih jam tangan kulit bewarna coklat?

Warna ini menyerlahkan gaya mewah dan sesuai dipakai sama ada ke urusan rasmi dan waktu bekerja.

10. MEM Braune Adam


Produk dari MEM Watches ini amat unik kerana menggunakan nombor dalam huruf jawi.



Sumber:https://jenamalokal.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Fossil.. Aku ada 3..tgh aim 2 lagi corak yg aku berkenaan.. Tapi bulan ni aku nak beli portable coffee machine dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miszclassique at 4-5-2021 05:10 AM

Untuk rakyat marhaen mcm i, at least 2 jam lah... 1 untuk sport 1 untuk formal... Ini berdasarkan ape yg i choose untuk boipren gituhh.. Yg sport tu haruslah yg mcm atau memang g-shock punya design, yg formal pula gaya minimalis tali leather macam design fossil dan MEM tu sbb ada aura elegan...

Kalau ayah i dia suka jenis tali dan body steel, dan dia pakai 1 jenis je untuk semua benda make it potong rumput ke berkebun ke pergi majlis pape ke, tapi jenis jam mahal mmg boleh tahan lama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2021 11:42 AM | Show all posts
aku ade swatch skin ngan seiko limited( ye lah sgt )..murah je

nk beli yg mahal mati hidup semula lerrr...

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:16 AM | Show all posts
my husband x byk jam tp kesemua jam dia jenis limited edition..

his all time favourite, limited edition slr merc benz


lelaki dgn jam tgn mmg x boleh dipisahkan..

nampak charismatic
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Casio G-Shock & Baby G menjadi pilihan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 08:58 PM | Show all posts
last year hadiahkan husband longiness. mmg nampak smart abis
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 08:55 AM | Show all posts
my husband have 3 watches...

1. rado true automatic, open heart, dalam 8k++



2. samsung galaxy watch, as his fitness watch because he's a marathon runner & workout frequently (ni dalam RM1k++ kot)

3. tissot hantaran kawen masa 1st marriage heols.. lol... jarang pakai.. nak jual tak laku.. wakakakak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 09:18 AM | Show all posts
Edited by green~tea at 4-10-2021 09:25 PM

as for myself, i have 4 watches...

1. RADO jubile diastar with diamond, black ceramic
Hadiah dari arwah my mom lepas SPM i dpt result 8 aggregates & scholarship petronas for degree

2. RADO florence, black ceramic
Hadiah dari arwah ayah i, sbb dia nak beli jam utk dia tp baru notice it's real gold so haram lelaki pakai, hahahahhahaso heols bagi la jam tu kat iols lalalalla


3. RADO centrix, mother of pearl dial with diamond, white ceramic
Self reward je ni, just because i want a white watch with rose gold trimmings, i suka RADO sbb ringan, tak calar

4. BVLGARI Solotempo with diamonds,
self reward back in 2010, where i dapat 12 bulan bonus, bought together with diamond TENNIS bracelet & diamond solitaire 0.7 carat GIA cert.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2021 01:25 PM | Show all posts
Laki ai suka Bell & Ross. Bentuk jam dia lain dari lain, square.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065009 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list