CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1243|Reply: 5

[Sarawak] Covid19 25/04/2021

[Copy link]
Post time 26-4-2021 06:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 27-4-2021 05:38 AM


Hari ini terdapat 595 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak.


Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah


Daerah Bukit Mabong (199),

Sibu (84),

Bintulu (80),

Kuching (39),

Meradong (25),

Miri (24),

Kapit (23),

Lundu (20),

Kanowit (19),

Mukah (19),

Serian (16),

Samarahan (15),

Sarikei (10),

Selangau (6),

Bau (6),

Julau (2),

Betong (2),

Lubok Antu (2),

Subis (1),

Sri Aman (1),

Kabong (1)

Lawas (1).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 27,914 kes.

Daripada 595 kes baharu yang dilaporkan, 46 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
Manakala, seramai 508 orang yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin. Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:

I. 267 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (7 kes bergejala).
II. 240 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (11 kes bergejala).
III. 45 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
IV. 42 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala).
V. 1 kes melibatkan individu yang balik dari luar negara (Import A).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2021 06:27 AM | Show all posts
Hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 156 orang.

I. Kes Kematian Ke-154.
Kes kematian ke-154 adalah kes ke-19,297 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 75 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Bintulu kerana mengalami gejala demam, batuk, cirit birit dan kelesuan badan. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 09 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 21 April 2021. Kes ini mempunyai ko- morbid penyakit darah tinggi dan penyakit kencing manis.

II. Kes Kematian Ke-155.
Kes kematian ke-155 adalah kes Ke-21,007 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 86 tahun yang telah dimasukkan ke pusat kuarantin kerana mempunyai kontak dengan kes positif. Pesakit mula mengalami gejala kurang selera makan dan kelesuan badan dimana telah dirujuk ke Hospital Bintulu. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 13 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 23 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis dan strok.

III. Kes Kematian Ke-156.
Kes kematian ke-156 adalah kes ke-24,953 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 65 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sarikei kerana mengalami gejala batuk dan kesukaran bernafas serta memerlukan bantuan pernafasan.
Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 19 April 2021. Keadaan kes didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 23 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, penyakit paru- paru kronik (COPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2021 06:29 AM | Show all posts
Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Hari ini terdapat 417 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari

Hospital Sibu dan PKRC Sibu (108),

Hospital Miri dan PKRC Miri (84),

Hospital Sarikei dan PKRC di bawah Hospital Sarikei (68),

PKRC Mukah (48),

Hospital Umum Sarawak dan PKRC Kuching (46),

Hospital Kapit dan PKRC di bawah Hospital Kapit (42),

PKRC Serian (9),

PKRC Betong (7)

Hospital Sri Aman (5).


Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 21,829 orang atau 78.20% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,862 orang
Manakala, 595 PUI baharu telah dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2021 06:33 AM | Show all posts
Kluster Baharu [Dua (2) Kluster Baharu].

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu Kluster Putai, Bukit Mabong dan Kluster Rayang, Serian. Perincian kluster tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Putai, Bukit Mabong.
Kluster Putai, Bukit Mabong merupakan satu kluster di tapak pembinaan melibatkan pekerja projek pembinaan empangan hydroelektik di Putai, Ulu Baleh, Daerah Bukit Mabong.

Indek kes kepada kluster ini adalah kes yang ke-24,171 seorang wanita warga tempatan (Sarawak) yang berumur 39 tahun yang dikesan melalui saringan pra pekerjaan sebelum kembali bekerja di tapak pembinaan tersebut setelah bercuti di Daerah Kapit.

Kes telah disahkan positf COVID-19 pada 18 April 2021.

Hasil siasatan lanjut kes indeks ini mempunyai kontak kepada dua (2) kes dalam kalangan Kluster Pasai yang telah diisytiharkan tamat pada 13 April 2021.

Hasil saringan ke atas kontak rapat kepada kes indeks dan saringan bersasar yang telah dijalankan melibatkan kakitangan dan pekerja di tapak pembinaan tersebut, terdapat penambahan 242 kes COVID-19.

Manakala sejumlah 358 individu telah disaring melibatkan kluster ini di mana:
• 243 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 115 kes telah didapati negatif.

Seramai 17 individu yang dikesan telah dimasukkan ke PKRC di Kapit dan 226 kes dalam kalangan kakitangan dan pekerja syarikat pembinaan tersebut telah diasingkan dan menerima rawatan lanjut di PKRC yang telah dibuka di tapak pembinaan tersebut.

Anggota kesihatan dan perubatan telah ditempatkan di PKRC tersebut di bawah penyeliaan Hospital Kapit.

II. Kluster Rayang, Serian
Kluster Rayang merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di sebuah Kampung Rayang,Serian. Indeks kes yang pertama di kesan di kampung ini pada 06 April 2021 merupakan kes Ke- 18,377 seorang perempuan warga tempatan berumur 50 tahun yang dikesan melalui saringan individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif COVID-19. Kes yang bertugas sebagai guru di Pejabat Pendidikan Serian telah disahkan positif COVID- 19 pada 05 April 2021.

Susulan daripada beberapa kes sporadik di Kampung Rayang yang disyaki telah berlaku akibat penularan jangkitan di kalangan komuniti setempat, aktiviti saringan bersasar telah dilaksanakan di Kampung Rayang pada 20 hingga 23 April 2021.

Hasil saringan tersebut terdapat penambahan 49 kes telah dikesan positif COVID019 melibatkan kluster ini.


Manakala, sejumlah 1,305 individu telah disaring melibatkan kluster ini di mana:
• 50 kes telah didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks,
• 982 kes didapati negatif untuk saringan pertama; dan
• 273 individu masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua 40 kes yang didapati positif ini telah dimasukkan ke PKRC Serian ntuk tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 01:46 PM | Show all posts
risau tengok jumlah..
kes semakin meningkat
nak jalan2 pun takut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2021 02:50 PM | Show all posts
Vellfire replied at 26-4-2021 01:46 PM
risau tengok jumlah..
kes semakin meningkat
nak jalan2 pun takut
esok Kapit pkpd sik salah mek... kes Bukit Mabong dengan kluster miak sekolah ya ...  under Kapit

bisnez pun sik jalan udah ketegal pkpd tuk... maok keluar beli barang pun bak kata dirik... takut2



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.263537 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list