CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1503|Reply: 6

[Sarawak] Covid19 23/04/2021

[Copy link]
Post time 23-4-2021 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Ades ...masih tinggi



Hari ini terdapat 717 kes baharu COVID-19 dikesan di Sarawak. Daerah-daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah :

Daerah Sibu (165),

Bintulu (162),

Kuching (57),

Saratok (45),

Meradong (44),

Miri (40),

Subis (38),

Kapit (31),

Bukit Mabong (28),

Serian (27),

Mukah (27),

Selangau (15),

Sarikei (5),

Kanowit (5),

Matu (5),

Kabong (3),

Daro (3),

Sri Aman (3),

Beluru (3),

Samarahan (2),

Pusa (2),

Lundu (2),

Julau (2),

Lubok Antu (2)

Bau (1)


Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 26,749 kes.

Daripada 717 kes baharu yang dilaporkan, seramai 53 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

Manakala, seramai 624 orang kes adalah terdiri daripada individu yang telah diberi arahan perintah kuarantin.


Secara ringkas kes-kes ini terdiri daripada:

I. 444 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (8 kes bergejala).
II. 179 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (kes tidak bergejala).
III. 49 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (1 kes bergejala).
IV. 44 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan.
V. 1 kes melibatkan individu yang balik dari negeri-negeri lain di dalam Malaysia (Import B ).



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2021 07:44 PM | Show all posts
Kes Kematian Covid-19 Baharu.

Hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 telah meningkat kepada seramai 148 orang.

I. Kes Kematian Ke-147.
Kes kematian ke-147 melibatkan kes ke-18,616 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 31 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Miri hasil saringan kendiri melalui ujian rt-PCR yang dikesan positif COVID-19 pada 07 April 2021. Kes ini mula mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seminggu sebelum itu.
Keadaan kes didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 21 April 2021. Kes juga tidak mempunyai ko-morbid.

II. Kes Kematian Ke-148.
Kes kematian Ke-148 melibatkan kes ke-17,738 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 64 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, kelesuan badan dan kurang selera makan.
Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 04 April 2021. Kes didapati mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seminggu sebelum itu. Keadaan kes didapati merosot dah disahkan meninggal dunia pada 22 April 2021. Kes ini mempunyai ko-morbid penyakit dislipdemia.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 07:45 PM | Show all posts
Status Kes COVID-19 Di Dalam Wad Hospital Dan Masih Di Bawah Pengawasan Perubatan (Kes Aktif).

Hari ini terdapat 579 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj iaitu dari Hospital Sibu dan PKRC Sibu (125), PKRC Mukah (113), Hospital Sarikei dan PKRC Sarikei (74), Hospital Umum Sarawak dan PKRC Kuching (63), PKRC Penjara Sri Aman (63), Hospital Miri dan PKRC Miri (62), Hospital Bintulu dan PKRC Bintulu (27), Hospital Kapit dan PKRC Kapit (26), PKRC Serian (11), PKRC Betong (10), Hospital Sri Aman (4) dan Hospital Limbang (1).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 20,776 orang atau 77.67% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 5,759 orang.
Manakala, 724 PUI baharu telah dilaporkan dan tujuh (7) PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 07:50 PM | Show all posts
Kluster Baharu [Dua (2) Kluster Baharu].

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan dua (2) kluster baharu iaitu di Daerah Saratok dan Kapit.


Perincian kluster baharu tersebut adalah seperti berikut:

I. Kluster Jalan Roban Lama, Saratok
Kluster Jalan Roban Lama adalah sebuah kluster di institusi pendidikan yang telah dikesan melibatkan sebuah kolej tingkatan enam di Jalan Roban Lama, Saratok.

Kluster ini dikesan melalui saringan bersasar yang telah dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Betong pada 18 April 2021 ke atas kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut di mana seramai 40 individu telah didapati reaktif Rapid Test Kits (RTK) Antigen.
Hasil saringan ulangan menggunakan ujian rT-PCR, didapati seramai 13 orang daripada mereka telah dikesan positif COVID- 19 pada 22 April 2021.

Punca jangkitan yang menyebabkan kluster ini adalah dari komuniti yang telah merebak ke kolej tersebut melalui kontak rapat dalam kalangan kakitangan dan pelajar kolej tersebut.

Manakala sejumlah 294 individu melibatkan kluster ini telah disaring dimana:

• 48 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 241 kes adalah negatif; dan
• 5 kes yang masih menunggu keputusan makmal.
Kesemua 48 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Saratok dan telah dimasukkan ke PKRC Betong bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.


II. Kluster Jalan Selirik, Kapit
Kluster Jalan Selirik adalah sebuah kluster di institusi pendidikan yang telah dikesan melibatkan sebuah sekolah menengah di Jalan Selirik, Kapit.

Indeks kes kepada kluster ini adalah seorang pelajar asrama sekolah tersebut yang berumur 15 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 12 April 2021.

Kes telah masuk ke asrama sekolah sejak permulaan sesi persekolahan pada 04 April 2021 dan mula menunjukkan tanda dan gejala pada 05 April 2021.
Perebakan jangkitan berlaku melalui aktiviti gotong-royong yang telah dijalankan pada 04 April 2021 di asrama sekolah serta pergaulan rapat diantara pelajar dan juga kakitangan sekolah.
Punca jangkitan yang menyebabkan kluster ini adalah dari komuniti dan telah menjangkiti kakitangan dan pelajar di sekolah tersebut melalui kontak rapat. Saringan pengesanan kes secara aktif ke atas kakitangan dan pelajar-pelajar sekolah tersebut, didapati tambahan 22 kes telah dikesan positif COVID-19.
Mereka ini terdiri daripada kakitangan sekolah, tukang masak di dapur asrama sekolah, pelajar asrama dan juga pelajar harian.
Manakala, sejumlah 108 individu melibatkan kluster ini telah disaring dimana:
• 23 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks
• 85 individu yang masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua 23 kes yang didapati positif COVID-19 telah dirujuk ke Hospital Kapit dan telah dimasukkan ke PKRC Kapit bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 07:52 PM | Show all posts
Kluster Yang Masih Aktif.
Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 56 kluster. Sebanyak 17 kluster telah merekodkan 189 penambahan kes baharu manakala 39 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Ringkasan Kes Mengikut Daerah Di Sarawak.
Hari ini, Daerah Kabong telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning setelah merekodkan 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga telah meningkat kepada enam (6) daerah dan daerah berstatus Kuning telah menurun kepada 10 daerah.
Manakala 21 daerah kekal berstatus Merah dan tiga (3) daerah kekal berstatus Hijau.

Semua info dari :
SEKRETARIAT
JAWATAN KUASA PENGURUSAN BENCANA SARAWAK
23 APRIL 2021
5.00 Petang


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2021 07:53 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 23-4-2021 07:50 PM
Kluster Baharu [Dua (2) Kluster Baharu].

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan d ...
kluster tak jauh dari rumah ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2021 08:03 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.071806 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list