View: 1532|Reply: 10
|
Pak Guard Filipina Kantoi Miliki Kad Pengenalan Palsu
[Copy link]
|
|
Lapan lelaki Filipina yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan menggunakan kad pengenalan palsu ditahan dalam Operasi Terancang di Stadium Merdeka di sini, semalam.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kuala Lumpur Eris Jemadi Tajudin berkata, operasi itu dijalankan bermula 6 petang hingga 8 malam hasil daripada risikan yang dilakukan oleh Unit Operasi dan Risikan JPN Kuala Lumpur sejak minggu lalu.
Menurutnya, seramai tujuh pegawai JPN Kuala Lumpur dengan bantuan empat pegawai Unit Khas, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Putrajaya terbabit dalam operasi itu.
Foto: Harian Metro
"Dalam operasi ini, kami berjaya menahan lapan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di pondok pengawal di Stadium Merdeka yang disyaki menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri.
"Semua pengawal keselamatan yang ditahan itu mengaku berketurunan Yakan dan berasal dari Filipina berusia antara 23 hingga 58 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Eris berkata, siasatan juga mendapati mereka memperoleh kad pengenalan palsu dari ejen di Sabah sebelum menyelinap masuk ke Semenanjung untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
"Ketika pemeriksaan dilakukan, berlaku sedikit pergelutan apabila terdapat cubaan melarikan diri.
"Bagaimanapun, kecekapan pasukan serbuan berjaya menggagalkan usaha mereka sebelum pengawal keselamatan itu ditahan untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kesemua pengawal keselamatan terbabit akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).
"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tu yg tertngkap. Yg x tertangkap rmi lg. |
|
|
|
|
|
|
|
xheran dah.. kat sabah tu berterabuq pilipin ni pakat dpt ic.. sbb tu la pi'ee tu leh menang kat semporna tu.. geng dia semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita biasa di Sabah....pilak & indon banyak IC pelasu di sini...dalam 3 org jalan jalan di KK, 1 confirm PTI, yg 1 ada IC pelasu yg dipertikaikan hanya 1 org sabah local |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 22-4-2021 04:36 PM
Thread dah ada ...
Mohon mergekan ...
Senyap la kau...semak dgn post kau pulak aihhh....ko buat report senyap2 boleh Tak.
Annoying much |
|
|
|
|
|
|
|
Memang banyakkan..JPN la culprit nye |
|
|
|
|
|
|
|
Selain @admin6 ... hanya Wartawan CARI boleh mergekan sendiri @CARI-MRO
|
|
|
|
|
|
|
|
dapat kat sabah...tak heran....
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 23-4-2021 05:14 AM
Selain @admin6 ... hanya Wartawan CARI boleh mergekan sendiri @CARI-MRO
Dia buat thread lepastu dia kena merge thread...haiyoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang bising dah tekan Report ... tak nampak pun apa-apa tindakan, sedangkan dah PM @Admin6 dan Wartawan tu sendiri minta mergekan ...
Jadi terpaksa buat camni ... ada bukti ...sambil nunggu Admin atau Wartawan sendiri mergekan ...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|