CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1680|Reply: 5

[Sabah] 30 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

[Copy link]
Post time 21-4-2021 08:51 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN, 21 April : Kira-kira 30 rumah setinggan atas air musnah dalam kebakaran di Kampung Sundang Laut, Batu Sapi dekat sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Martin Thomas berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 7.55 pagi dan sepasukan bomba dengan empat jentera tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-4-2021 08:52 PM | Show all posts
“Anggaran keluasan kebakaran adalah 100 x 200 meter dengan anggaran rumah terbakar sebanyak 30 buah jenis tidak kekal.

Kami telah mengambil sumber air daripada tangki air sejauh 1,300 kaki (396.24 meter) daripada lokasi kebakaran kerana pada ketika kejadian air laut telah surut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal pada 9.17 pagi dan tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dalam siasatan.

Martin berkata pihaknya dengan bantuan penduduk kampung turut melaksanakan “firebreak” iaitu kaedah memutuskan kemerebakan api dengan merobohkan rumah dan jambatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Alias Sani berkata kebanyakan mangsa akan ditempatkan di dewan serbaguna Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Sapi, manakala sebahagian kecil ditempatkan di balai raya kampung terjejas dan rumah saudara mara.

Seorang penduduk Mohd Zam Abdul, 60, yang tinggal di kampung itu sejak lebih 20 tahun, berkata kejadian kebakaran itu merupakan yang kedua berlaku selepas 2018.

Beliau yang tinggal bersama isteri dan enam anaknya berjaya menyelamatkan diri bersama enam ekor kucing peliharaan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:53 PM | Show all posts



Beliau turut membantu penduduk kampung lain untuk merobohkan rumah atas air terlibat bagi mengelak kebakaran merebak ke rumah lain di kampung itu. – BERNAMA

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2021 08:54 PM | Show all posts
Alhamdulillah ... tiada kemalangan jiwa berlaku

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah la musim panas sekarang ni dekat sini. Kebakaran lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2021 06:05 AM | Show all posts
isseliparjepun replied at 21-4-2021 10:32 PM
Sudah la musim panas sekarang ni dekat sini. Kebakaran lagi.
jager diri bebaik tau ...

sini aritu cina dok bakar2 kubur sebab malas nak potong rumput ... main racun jer pastu bakar

kesian bomba asyik nak kena padamkan ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059736 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list