Roti Putih Gardenia Original Classic berwajah baharu
ROTI Putih Gardenia Original Classic tampil dengan kebaikan Nutrinegy.
Kuala Lumpur: Gardenia Bakeries (KL) memperkenalkan wajah baharu Roti Putih Gardenia Original Classic dengan imej lebih menawan dan kontemporari.
Bermula bulan ini, roti ikonik yang laris ini tampil dengan kebaikan Nutrinegy di mana setiap kepingan roti mengandungi vitamin A yang baik untuk mata, vitamin E, zat besi dan nutrien tambahan lain.
Semua nutrien ini memudahkan seisi keluarga untuk menikmati kebaikan dari bahan berkualiti tinggi.
Pengurus Pemasaran, Gardenia Bakeries (KL), Ena Suhaila Abas berkata, dianggarkan sekitar 11 juta buku roti dipasarkan setiap bulan di Semenanjung Malaysia dan dengan pengenalan Nutrinegy pihaknya menjangkakan perkembangan lebih pesat dapat dilihat untuk tahun 2021.
"Penyediaan Roti Putih Gardenia Original Classic dibuat secara segar setiap hari dan mengandungi vitamin dan mineral. Ia menjadi matlamat kami untuk meyakinkan ibu yang prihatin di luar sana dalam memastikan setiap kepingan roti kami dipenuhi kebaikan Nutrinegy yang penting bagi penggunaan seharian.
"Kebanyakan rakyat Malaysia bukan hanya melihat produk yang kami pasarkan sebagai roti putih sahaja tetapi ia boleh menjadi hidangan yang memuaskan serta sesuai dinikmati pada bila-bila," katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, sepanjang Ramadan, pihaknya akan menyumbang 10,000 buku Roti Putih Gardenia Original Classic di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Post time 20-4-2021 06:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lawa je design baru ni. Iols perasan logo baru masa beli ahad lepas. Teringat pulak kenangan PKP tahun lepas, roti gardenia habis stok. Cepat je rasa masa berlalu, dah setahun
Post time 20-4-2021 08:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
mesti ramai tak perasan kan yg Gardenia ni ada 2...Satu gardenia Semenanjung Tanah Melayu.. satu lagi Gardenia Wilayah Sabah..
Kat Wilayah Sarawak macam takde Gardenia masuk..tu pasal org Sarawak kalo pergi ke Semenanjung Tanah Melayu, kebanyakkan akan beli stok Gardenia sini banyak2 bawak masuk dlm belon (kapal terbang)..
Post time 20-4-2021 08:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
izwan_izi replied at 20-4-2021 08:08 PM
mesti ramai tak perasan kan yg Gardenia ni ada 2...Satu gardenia Semenanjung Tanah Melayu.. satu lag ...
Haritu ada foremer cakap, Gardenia Sarawak tak ada yang berinti coklat, jagung, vanila, sambal ikan bilis, serba mak nenek inti pelbagai, yang ada cuma plain roti kosong jah sebab tu kalu Sarawakian naik flight dari semenanjung berbondong-bondong diseludupnya smuggle dari Malaya roti Gardenia berinti banyak-banyak dalam beg macam sakai tak pernah tengok roti, mohon @FanTasyCreaTioN yang sia sentiasa memberi pencerahan
Mujur tak macam indon yang bawak lari Milo Malaysia yang Maha Manis lagi sedap pekat melekat minum Milo anda jadi sihat dan kuat kencing manis
Post time 20-4-2021 08:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
betul mudah kepek, kalau buat sandwich nak potong2 bagai, kurang recommend la gardenia ni..
better top baker, tegap je roti dia kalau potong..
tapi gardenia tetap di hati,sedap di makan begitu saja, bau wangi rasa milkyy..
Post time 20-4-2021 08:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 20-4-2021 08:18 PM
Haritu ada foremer cakap, Gardenia Sarawak tak ada yang berinti coklat, jagung, vanila, sambal ika ...
ye chuols bulan lepas jiran haku nak balik swk pindah sana terus haku teman la die g pasaraya sbb die kata nk beli roti nak bwk ole2 kt kg haku ingat die beli.cikit la sekali.haa ambik kaw satu troli tu die borong semua perisa atau brand die borong n time nak bayo semua pakat tgk kami...hahaha...n haku g umah die nak tgk die kemas brg2 haku tanya Kat die Mana roti yg beli aritu? die tunjuk 2 kotak beso die simpan kawwww.....mcm2 ragam ye