"Bagi saya (ia) bukan saja tidak salah malah patut dipuji jika ada pendakwah Islam yang sanggup mengambil pendekatan sejagat bergaul dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagilah dengan orang bukan Islam atau orang Islam di pinggiran"
Demikian pandangan Tokoh wartawan negara A Kadir Jasin dalam hantaran di media sosial pagi ini yang berpendapat adalah wajar buat bekas peserta siri realiti televisyen , PU Amin hadir di majlis yang melibatkan wanita berpakaian seksi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Kredit foto: Instagram Nadira Isaac
Memang begitulah tugas asasi seorang pendakwah iaitu berdamping dengan sebanyak mungkin kumpulan manusia tanpa mengira tempat, masa dan suasana untuk menyampaikan Islam, menurut pandangannya.
"Lebih baik orang agama bergambar dengan wanita cantik di khalayak ramai ketika berdakwah daripada bersekongkol dengan pemimpin yang merampas kuasa atau yang rasuah. Islam benci hipokrit!" katanya lagi memetik laporan MalaysiaKini.
Sementara itu. PU Amin sebelum ini mengakui hadir di majlis berbuka puasa berkenaan kerana melihat ada peluang untuknya berdakwah secara berdepan dengan golongan yang ditentang sebelum ini.
Kredit foto: Harian Metro
"Viral gambar saya dengan dua individu dalam sebuah acara tertutup baru-baru ini. Ceritanya, saya dijemput untuk baca doa berbuka puasa dan tazkirah Ramadan sebelum berbuka puasa.
Saya hadir dengan niat menyampaikan dakwah dan menyempurnakan tugas saya secara face to face (bersemuka) lalu membaca doa agar Allah menerima segala amal kebaikan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.
Ini peluang untuk menyampaikan dakwah secara berhadapan. Saya tahu kesan fitnah sangat besar. Tapi kalau bukan waktu itu, bila lagi nak beri tazkirah secara berdepan dengan golongan yang saya lawan sebelum ini," katanya.
Kredit foto: FMT
Tambah A Kadir lagi, apa yang dilakukan PU Amin itu adalah betul dan niatnya baik iaitu untuk menyebarkan dakwah dan menyempurnakan tugasnya secara bersemuka.
Berbanding tanggapan orang ramai di negara ini terhadap pendakwah Islam, katanya, mubaligh Kristian pula berdakwah dengan sesiapa saja dan di mana-mana yang dirasakan boleh. - CARI |