CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 0

[Sarawak] Tiga kluster tamat, 46 kluster masih aktif

[Copy link]
Post time 16-4-2021 08:45 PM | Show all posts |Read mode
Tiga kluster tamat, 46 kluster masih aktif





KUCHING: Tiga kluster jangkitan COVID-19 iaitu Kluster Melor di Pusa, Kluster Jalan Main Bazaar di Sri Aman dan Kluster Kiba di Sibu diisytiharkan tamat hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata penamatan ketiga-tiga kluster ini dibuat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak selepas tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas.
“Jumlah kluster yang masih aktif adalah 46 kluster dengan 11 kluster merekodkan 449 penambahan kes baharu manakala 35 kluster tidak merekodkan penambahan kes,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Uggah yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan tiga daerah iaitu Bau, Belaga dan Selangau bertukar status daripada Kuning kepada Jingga setelah merekodkan lebih daripada 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.
Ini katanya menjadikan jumlah daerah berstatus Jingga meningkat kepada lapan daerah iaitu Belaga, Bau, Selangau, Bukit Mabong, Sebauh, Kanowit, Sri Aman dan Marudi.



Manakala daerah berstatus Kuning menurun kepada 13 daerah iaitu Kabong, Dalat, Daro, Asajaya, Lawas, Betong, Lubok Antu, Tatau, Tanjung Manis, Song, Pakan, Tebedu dan Limbang.
“Daerah berstatus Merah kekal 15 daerah iaitu Saratok, Subis, Matu, Mukah, Sarikei, Beluru, Samarahan, Serian, Julau, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu. Manakala empat daerah iaitu Telang Usan, Lundu, Pusa dan Simunjan kekal berstatus Hijau,” katanya.

kredit : utusanborneo 16/04/2021





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.225173 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list