|
Satu kajian mendapati air kolam renang yang mengandungi klorin boleh menyahaktifkan virus menyebabkan wabak Covid-19 dalam masa 30 saat sahaja.
Lapor Daily Mail, kajian tersebut dijalankan oleh ahli virologi dari Imperial College London yang mengkaji kesan kepekatan klorin dalam air terhadap virus SARS-CoV-2.
Menurut para penyelidik, kajian itu mencadangkan bahawa risiko penularan wabak Covid-19 menerusi air kolam renang adalah amat rendah.
Gambar hiasan
Eksperimen itu dilakukan oleh Swim England dan sekolah renang, Water Babies dengan sokongan dari Royal Life Saving Society.
“Kami melakukan eksperimen ini di makmal kami di London.
“Dalam keadaan selamat, kami dapat mengukur kemampuan virus menjangkiti sel yang merupakan langkah pertama penularan.
“Dengan mencampurkan virus bersama air kolam renang yang diberikan oleh pasukan Water Babies, kami berjaya buktikan virus itu tidak dapat bertahan dalam air itu dan tidak lagi merebak,” kata ketua kajian, Wendy Barclay.
Jelasnya, kajian terbabit juga menunjukkan kemungkinan untuk dijangkiti Covid-19 melalui air kolam renang adalah amat rendah.
Dalam kajian tersebut, Barclay bersama pasukan penyelidiknya turut mendapati sebanyak 1.5 miligram seliter kepekatan klorin bebas dan kadar pH antara 7 hingga 7.2 mampu menurunkan tahap jangkitan SARS-CoV-2 lebih 1,000 kali ganda dalam masa 30 saat.
Kajian lanjut yang dijalankan dengan menggunakan kepekatan klorin dan tahap pH berbeza pula menunjukkan bahawa klorin dalam kolam renang lebih berkesan dengan tahap pH yang rendah.
Sumber: Utusan |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|