View: 1905|Reply: 5
|
Rekha pernah ditampar Jaya Bachchan
[Copy link]
|
|
Rekha pernah ditampar Jaya Bachchan
JAYA dan Rekha.
PELAKON senior, Rekha membuat pendedahan pernah ditampar aktres, Jaya Bachchan yang juga isteri kepada aktor tersohor, Amitabh Bachchan, 40 tahun lalu.
Menerusi satu temu bual dalam rancangan Indian Idol baru-baru ini, aktres berusia 66 tahun itu mengakui, hubungannya dengan Amitabh menjadi sangat rapat ketika mereka membintangi filem berjudul Do Anjaane pada 1976.
Keserasian mereka menyebabkan peminat mahukan kedua-dua mereka menjadi pasangan sebenar dalam dunia realiti walaupun hakikatnya Amitabh sudahpun berkahwin dengan Jaya.
Menyedari perkara tersebut, Jaya telah meminta penerbit filem, Ram Balram untuk menggugurkan nama Rekha, namun permintaan itu tidak dilayan.
Suatu hari, Jaya telah muncul di set penggambaran dan mendapati suaminya sedang berbisik-bisik dengan Rekha sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan menampar aktres tersebut di hadapan kru filem.
Rekha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Mukesh Aggarwal pada tahun 1990, namun suaminya membunuh diri selepas beberapa bulan berkahwin kerana mengalami masalah mental.
Sumber : https://www.kosmo.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru tau makcik rekha ni pernah berkawin.. Aku ingatkan andartu forever mcm aku... |
|
|
|
|
|
|
|
Ganasnya Aunty Jaya.. Dah tu tak serik pulak nak jaga penampilan dah tau suami hot n spicy. Tgk Aunty Rekha, sampai skrg nampak bergetah tah tah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 13-4-2021 12:39 PM
Aku baru tau makcik rekha ni pernah berkawin.. Aku ingatkan andartu forever mcm aku...
Dia kawen sekejap je kan pastu tlaki dia bunuh diri.. Ak bc Dr urtv dulu hahhaa... Mase tu ramai yg tertanya2 asal laki dia bunuh diri.. Mungkin laki dia tau yg rekha bkn betul2 suka dia... Tp ak rase lemah Sgt kot reason tuh |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 14-4-2021 06:07 AM
Dia kawen sekejap je kan pastu tlaki dia bunuh diri.. Ak bc Dr urtv dulu hahhaa... Mase tu ramai y ...
Tapi mmg gossip dia ada hbgn dgn amitabH tu hangat |
|
|
|
|
|
|
| |
|