View: 1807|Reply: 2
|
Macaulay Culkin dapat anak lelaki
[Copy link]
|
|
Macaulay Culkin dapat anak lelaki
CULKIN. FOTO IG Macaulay Culkin
Los Angeles: Bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, 40, dan pasangannya Brenda Song, 33, akhirnya dikurniakan anak.
Jurucakap pasangan itu mendedahkan bayi lelaki yang dinamakan Dakota itu dilahirkan pada 5 April lalu, namun baharu diumumkan hari ini.
Culkin memilih nama bersempena nama kakaknya, Dakota yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 2008 ketika berusia 29 tahun.
Jurucakap itu berkata, bayi mereka sangat sihat dan ceria. Mereka juga dikhabarkan sangat teruja dengan kehadiran anggota baharu dalam keluarga itu.
Culkin dan Song mula bertemu pada 2019 sewaktu berada di lokasi penggambaran drama Changeland.
Culkin adalah pelakon kanak-kanak paling berjaya pada 1990-an terutama menerusi watak sebagai Kevin McCallister dalam siri filem Home Alone.
Culkin ketika ini terbabit dalam penggambaran siri ke-10 American Horror Story. Dia turut bergandingan dengan Sarah Paulson, Kathy Bates, Billie Lourd, Evan Peters dan Lily Rabe.
Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
|
|
|
|
|
|
|
dah 40 dia neh???apsal aku rasa umur dia lagi muda dari tu |
|
|
|
|
|
|
|
serious la dah 40? rasa mcm baru jer tgok cite home alone tu.. gf dia brenda tu org siam.. tgok sheols berlakon dlm obsession di neflix ok la no bad lakonannya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|