View: 1271|Reply: 7
|
Menyamar Jadi Orang Tua Semata-Mata Nak Dapatkan Vaksin
[Copy link]
|
|
Dua lelaki Mexico berusia 30-an berjaya mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di ibu negara Mexico, selepas menyamar sebagai warga emas.
Bagaimanapun, tindakan dua lelaki itu mengundang padah selepas mereka akhirnya tertangkap, menurut pihak berkuasa.
Ketika kejadian, lelaki itu datang ke pusat vaksinasi selepas mewarnakan rambut dan kening mereka putih.
Pusat berkenaan adalah untuk memvaksin individu berusia 60 tahun dan ke atas.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/08/172216nlw9l8g8zi77bz5l.png) Foto: EPA
Kedua-duanya mengemukakan dokumen palsu identiti dan menerima vaksin.
Bagaimanapun, mereka tertangkap selepas perlu bercakap dengan petugas pusat berkenaan selepas menerima vaksin.
"Kakitangan mengesyaki bahawa suara mereka tidak seperti orang tua dan kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Kedua-dua lelaki itu kini berdepan dakwaan menggunakan identiti palsu.
Mexico dengan populasi 126 juta, kini merekodkan 205,000 kematian akibat Covid-19 dan ia adalah angka ketiga tertinggi dunia.
Ia sudah melaksanakan pemberian 10 juta dos vaksin kepada petugas kesihatan dan warga tua. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada jugak yg mcmni.. Meanwhile kt Malaysia, ramai nau x nk vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
http://adfoc.us/62575978629966
Ni videonya hahahah kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kt tempat aku, skrg cuma yg above 45 yrs old bole register for vaccination. Kawan aku lak ckp dia dah register dan dah bole book slot. Aku pelik lah..asal dia senang2 dpt slot. Rupa2 nya, kwn aku tu dah 45 this yr. kawan tak rapat sgt, tu sbb tak tau umur dia brape. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki kalau nak menyamar jadi org tua,kena la jadi nenek,pastu buat suara halus,mmg sebijik mcm nenek tua hahahahaha,
kalau jd datuk suara lebih kasar dah pecah mmg susah la nak tiru |
|
|
|
|
|
|
|
macam ni pun ada jugak ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|