CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 992|Reply: 0

Woods semakin pulih

[Copy link]
Post time 7-4-2021 12:34 PM | Show all posts |Read mode
Woods semakin pulih


WOODS kini menjalani proses pemulihan di rumahnya. FOTO AFP


Augusta: Tiger Woods semakin baik melalui proses pemulihan di rumah selepas mengalami kecederaan kaki yang serius berikutan terbabit dengan kemalangan Februari lalu dan ketiadaannya di saingan Masters dirasai pesaingnya.

Pemenang empat kejuaraan utama, Rory McIlroy dan pemain ranking kedua, Justin Thomas, kedua-duanya yang akan beraksi di Augusta National, sempat melawat Woods di rumahnya di Selatan Florida selepas keluar dari hospital bulan lalu.

"Saya melawatnya beberapa kali minggu lalu. Setiap kali berada di rumah, saya akan cuba melawatnya," kata Thomas.

"Dia kecewa kerana tidak dapat berada di sini beraksi di sesi latihan dan di setiap pusingan. Kami juga merasainya."

Woods, pemenang 15 kejuaraan utama dan juara Masters sebanyak lima kali, sepatutnya menghadiri majlis makan malam juara Masters yang dianjurkan oleh juara bertahan, Dustin Johnson tetapi perlu berehat di rumah.

"Saya kecewa tidak dapat menghadiri majlis makan malam juara Masters," tulis Woods di Twitter.

Woods, 45, mengalami kecederaan di kaki kanan dan pergelangan kaki selepas terbabit dengan kemalangan berhampiran Los Angeles.

McIlroy pula melawat Woods bulan lalu dan dapat menyaksikan situasi sebenar seteru utamanya itu lebih baik berbanding melihat gambar keretanya yang remuk akibat kemalangan itu.

"Lega dapat melihatnya dalam keadaan baik. Apabila anda melihat kerosakan keretanya dan kemalangan itu, anda pasti menjangkakan dia akan ditahan di hospital selama enam bulan.

"Tapi nampaknya dia lebih baik berbanding apa yang disangkakan," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.054520 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list