CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 1

Opick ,isteri bakal timang cahaya mata

[Copy link]
Post time 6-4-2021 09:59 PM | Show all posts |Read mode
Opick ,isteri bakal timang cahaya mata

OPICK dan Bebi Silvana

Jakarta: Tiga tahun hidup berumah tangga, pasangan suami isteri Opick dan Bebi Silvana menerima khabar gembira apabila Bebi disahkan mengandung.

Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus berkahwin dengan Bebi Silvana pada 17 Disember 2018.

Terdahulu, Bebi berkongsi berita gembira ini menerusi Instagram peribadinya

"Masya Allah Thabarrakallah Semoga Allah memberikan kesihatan buat kami berdua. Aku dan bayi di dalam rahimku," katanya.

Tidak ketinggalan dia juga memanjatkan doa kepada Allah agar diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan.

"Ya Allah jauhkan kami dari pelbagai hal buruk dan merahmati serta terus berikan kurnia kepada kami. Kesihatan, keselamatan dan keberkatannya. Aamiin, terima kasi Allah," katanya lagi.

Dia juga melahirkan keyakinan bahawa doa-doanya akan sentiasa dikabulkan selama dia berada pada jalan yang diredai Allah.

"Allah akan menolong siapa yang bergerak di jalan Allah," katanya.

Berita gembira ini ternyata disambut positif oleh warganet yang turut sama mendoakan kesihatan Bebi. Mereka turut ceria dengan kehamilan isteri Opick yang terkenal dengan lagu genre dakwah ini.


Sumber : https://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dgn isteri yg kawen sentap2 dulu ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.266442 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list