CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3117|Reply: 11

Atta Halilintar, Aurel mahu 15 orang anak

[Copy link]
Post time 4-4-2021 08:34 PM | Show all posts |Read mode
Atta Halilintar, Aurel mahu 15 orang anak


ATTA HALILINTAR dan Aurel Hermanshah.


JAKARTA – Selepas selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri malam tadi, YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar mengakui ingin memiliki sehingga 15 orang anak bersama isterinya, Aurel Hermansyah.

Menerusi satu kenyataannya kepada media, Atta atau nama sebenarnya Muhammad Attamimi Halilintar, 27, berharap Tuhan memakbulkan impiannya untuk memiliki sebuah keluarga besar  bersama Aurel yang juga merupakan anak kepada diva popular, Krisdayanti itu.

“Ya saya berharap dan ingin memiliki 15 orang anak bersama isteri saya, Aurel. Semoga Tuhan memakbulkannya,” ujarnya ketika melangsungkan majlis perkahwinannya di Raffles Hotel, Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia malam tadi.

Bagaimanapun jika keinginannya tidak termakbul, Atta reda dan enggan mempersoalkan tentang rezeki tersebut kerana yang penting, dia dan Aurel diberikan kesihatan yang baik.

“Tapi kalau tidak dapat (15 anak) tidak mengapa. Yang penting isteri saya sihat selalu,” tuturnya.

Pada masa sama, Atta dan Aurel juga telah bertemu dengan doktor pakar untuk bertanyakan kaedah supaya mereka mendapat cahaya mata kembar.

“Saya dan isteri juga teringin untuk mempunyai anak kembar. Tapi saya harus memikirkan juga soal kesihatan isteri,” jelasnya.

Terdahulu, Atta dan Aurel telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis pernikahan penuh gilang-gemilang yang turut dihadiri Presiden Indonesia, Joko Widodo dan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto sebagai saksi pernikahan mereka.

Dalam pernikahan tersebut yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, RCTI tersebut Atta terpaksa menahan sebak kerana kedua-dua orang tuanya, Halilintar Anofial Asmid dan Lenggogeni Faruk tidak dapat bersama meraikan hari bahagia kerana berada di Malaysia ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Kedua-dua pasangan pengantin baharu itu dikhabarkan akan berbulan madu di Dubai pada 6 April nanti. – K! ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2021 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah.betul2 patuh sop ye. bergambar berdua pun siap mask face shield
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun majlis dia kira gemilang sampai presiden jd saksi tp tetap mengikut SOP yang ketat.

Bergambo pun tetap pakai pelitup muka berlapis2, sementelah kita2 disini tak abis2 bg alasan nak bergambar kenala cabut  kejap

Tgk Indonesia Idol tu pun penyanyi cuma buka masa nak nyanyi jaa pastu cepat2 pakai bila dah abis nyanyi.

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2021 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Over naww smpai nak 15..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba lah beranak sorang dulu baru pikir nak berala orang.
Btw, mana gambar mak pengantin. Lama tak nampak acik kris
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Atta ni mesti dah terbiasa adik beradik ramai tu yg nak anak 15 orang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2021 03:46 PM | Show all posts
adaakukesah replied at 5-4-2021 02:52 AM
Cuba lah beranak sorang dulu baru pikir nak berala orang.
Btw, mana gambar mak pengantin. Lama tak ...

dia nak mcm adik beradik dia yg 11 org tu sbb dh biasa ramai2 agaknya  ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2021 04:33 PM | Show all posts
Dah dia sendiri pun ada ramai adik beradik jadi tak hairan kenapa dia berkata macam tu.  Apa pun tahniah buat pasangan pengantin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2021 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
adaakukesah replied at 5-4-2021 02:52 AM
Cuba lah beranak sorang dulu baru pikir nak berala orang.
Btw, mana gambar mak pengantin. Lama tak ...

Ada jer acik kd chuolsss...stay low key sbb xnk overshadow family sblh ex tok laki yg segala2 mau dibikin content katanyehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 12:44 PM | Show all posts
kaya gak ya atta ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2021 04:35 PM | Show all posts
kesian gak atta ni parents takde masa nikah. lama sungguh tersangkut kat mesia start dari PKP 1.0
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2021 01:12 PM | Show all posts
parents Atta buat apa kat Malaysia?

ada business kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.181456 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list