Datin Red menerusi Instastory meluahkan perasaan memberi bayangan dirinya sudah tidak tahan dengan rumah tangganya yang tidak bahagia.
Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim yang juga madu Adira Suhaimi itu juga memberi bayangan mahu berpisah demi kebaikan anak-anak.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/03/140642dzxx030k022a9x39.png) Kredit foto: IG
"Tidak pernah sesakit ini. Saya dan anak-anak akan melaluinya dan hidup akan menjadi lebih baik semula.
"Kali ini, saya tidak akan setia bersama kamu disebabkan anak-anak.
"Mereka sepatutnya membesar dan belajar mengenai kegembiraan dan kasih sayang, bukannya kesengsaraan dan kebencian," tulisnya.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/03/140711vp5qbcz3e5rsq3rn.png) Kredit foto: IG/GEMPAK
Tambahnya di hujung penulisan itu, walaupun sudah lama berkahwin, sesebuah perkahwinan tidak akan berjaya jika tidak gembira.
Datin Red juga berkongsi gambar ditemani rakannya ke balai polis sekitar jam 3 pagi.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202104/03/140642ridxyii1a0rzdrxt.png) Kredit foto: IG GEMPAK
Apapun yang berlaku, bersabarlah Datin Red. - CARI |