View: 1879|Reply: 7
|
Alia Bhatt kurang kasih sayang
[Copy link]
|
|
Alia Bhatt kurang kasih sayang
ALIA BHATT
PELAKON Alia Bhatt mendedahkan bahawa semasa kecil, dia kurang mendapat kasih sayang daripada bapanya yang juga pengarah filem terkenal, Mahesh Bhatt.
Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, kehidupannya semasa kecil sangat berbeza daripada tanggapan ramai terhadap dirinya.
“Saya diasuh dengan cara yang agak sederhana. Percaya atau tidak, saya tidak pernah mendapat kesenangan seperti yang kalian fikirkan selama ini.
“Semuanya kerana saya merupakan anak perempuan kepada Mahesh Bhatt,” dedahnya berani.
Apabila meningkat dewasa, Alia semakin menjauhi bapanya sehingga membuatkan hubungan mereka renggang.
Menurut ibunya, Soni Razdan, Alia dibesarkan seperti anak yatim tanpa bapa kerana Mahesh tidak begitu berminat dengan kehidupan mereka.
Sejak dari kecil, Alia telah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang aktres dan mula menyedari minat tersebut ketika menjalani latihan koir di sekolah. Dia kemudian belajar menari di Institut Shiamak Davar untuk mengasah bakat sekali gus memburu cita-cita bergelar anak seni.
Sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... urang-kasih-sayang/
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu kenapa dia ni nampak sejenis yang boring
syukur la peveret si karan johar tu kalo tak very sendu |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols masih dengan ranbir ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Celah mana lawanya si Alia bhatt ni???musykil leh jd heroin padahal muka basic versi Bollywood. |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu yg artis bollywood mati bunuh diri tu, minah ni pun enterframe jugak konon2 kawan baik mendiang tu. skali tu kantoi penah terang2 whoareyus kan mendiang tu |
|
|
|
|
|
|
|
muka basic & lakonan kayu harap tumpang naseb bpknya jer kalo x awal2 direject dari industri bollywood sana. |
|
|
|
|
|
|
| |
|