CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2181|Reply: 2

Berubat sampai ke Amerika Nia Ramadhani Kini Semakin Pulih Dan Sudah Boleh Ketaw

[Copy link]
Post time 27-3-2021 12:33 AM | Show all posts |Read mode
Berubat sampai ke Amerika Nia Ramadhani Kini Semakin Pulih Dan Sudah Boleh Ketawa


Pelakon Ni Ramadhani akhirnya membuka kisah mengenai dirinya yang baru-baru ini kecoh dikatakan mempunyai penyakit. Bagaimanapun, dia kini yang sudah kembali sihat menyatakan sudah mendapatkan suntikan iron kerana badan kekurangan zat besi.




Saat ditanya mengenai kondisi kesihatannya, Nia Ramadhani mengatakan dia kini sudah bertambah baik dan kini sudah boleh ketawa.

“Alhamdulillah saya sudah sihat dan sudah boleh ketawa-ketawa,” ujar Nia Ramadhani sewaktu di temubual oleh salah satu stesen televisyen di Indonesia.

Ibu kepada tiga anak itu bagaimanapun takut untuk menceritakan kesmua hal ini kepada umum. Menurutnya, lebih baik soal penyakitnya itu dirujuk kepada pakar dan kaji sendiri. Katanya lagi, tidak perlu menceritakan semuanya dan sekiranya dia merasakan perkara itu sesuai untuk diberitahu, maka akan diceritakan juga satu hari nanti.



“Buat masa ini apa yang boleh saya kongsikan adalah jangan anggap remeh terhadap sakit apa pun pada diri kita,” katanya lagi.
Menerusi laporan yang dipetik dari DetikHot itu juga, Nia Ramadhani menasihatkan orang ramai agar menjaga kesihatan badan dan tidak menjadi sepertinya.

Jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tubuh badan, sebaiknya terus pergi dapatkan nasihat pakar. Menurutnya lagi, sakit yang kita alami itu adalah petanda dari Tuhan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam badan kita.

Itulah apa yang dihadapi oleh Nia Ramadhani dek kerana membiarkan tubuhnya sakit dan enggan berjumpa doktor pada awalnya. Katanya, dia tidak gemar berjumpa dengan doktor. Apa-apa pun, kita ambil iktibar atas situasi yang menimpa Nia Ramadhani dan sentiasa peka dengan keadaan tubuh badan kita sekiranya berasa sakit.  




Sumber berita: DetikHot
Read More : https://www.koolfm.com.my/koolhi ... sudah-boleh-ketawa/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2021 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon ada anemia.. Sampai doctor ckp jgn smpi kena drip iron dlm badan.. Start tu memang x pernah miss makan iron supplement.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan nk cite x reti basuh sayur ayam telur bagai. tang penyakit pandai nk berahsia tapi kebodohan sendiri dok canang merata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.050791 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list