CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3566|Reply: 2

Harta Pusaka Isteri - Adakah Suami Layak Menuntutnya?

[Copy link]
Post time 25-3-2021 10:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by natrahn at 4-5-2021 03:49 PM



Kredit foto - MalaysiaGazette : Gambar Hiasan







Tahulah anda sebenarnya bila berlaku kematian kepada pasangan, suami atau isterimempunyai hak untuk menuntut harta sepencarian dan juga harta pusaka mengikut cara yang dibenarkan undang-undang?


Zaman sekarang, ramai wanita bekerjaya dan ada yang bergaji lebih besar berbanding suami. Secara tidak langsung mereka juga menyumbang dalam kemajuan ekonomi keluarga contohnya membeli rumah kediaman.





Kredit foto: dawaibesi



Apabila seseorang meninggal dunia, segala hartanya akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka -semua harta yang mempunyai nilai dan dimiliki semasa hayatnya serta berterusan sehingga kematiannya.


Berdasarkan penetapan daripada pihak Baitulmal MAIWP, harta-harta itu termasuklah:


  • Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
  • Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
  • Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
  • Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.



Jadi, bila isteri meninggal dunia dan suami masih hidup, suami berhak kepada bahagian faraidnya. Jika suami hendak bahagian lebih dalam rumah tersebut atau mahukan milikan penuh rumah tersebut tanpa berkongsi dengan ibu mertua, bapa mertua, anak-anak atau adik-beradik isteri, suami perlu menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian.


Sebagai contoh, jika isterihanya mempunyai aset sebuah rumah sahaja dan nilai harga semasa rumah tersebut ialah RM700,000 contohnya. Maka, suami hanya dapat 9/36 bahagian rumah sahaja, berjumlah kira-kira RM175,000. Selebihnya diberikan kepada ahli waris seperti jadual di bawah.





Kredit foto: Pejabat Mufti WPKL




Situasi akan berbeza jika sebelum isteri meninggal dunia, isterisudah menjual atau menukar hak pemilikan rumah kepada orang lain. Kesannya, rumah tersebut tidak tergolong di bawah harta pusaka lagi dan ahli waris tidak layak menuntut harta tersebut.


Seterusnya, jika selepas tuntutan berjaya dan diperintahkan bahawa rumah tersebut menjadi sepencarian suami, dan suami pula meninggal dunia, jatuhlah sebagai pusaka suami. Jika semasa kematian suami itu tiada anak lelaki dan bapa, maka adik-beradik suami mendapat bahagian.




Kredit Foto - Sinar Harian




Tuntutan harta sepencarian selepas kematian adalah suatu hak yang diberikan secara eksklusif kepada pasangan suami isterikini kian popular, namun merumitkan kerana ia melibatkan harta pusaka dan pertikaian antara waris.


Walau bagaimanapun, ini tidak menghalang waris-waris si mati yang berhak mewarisi harta si mati, seperti anak, untuk menuntut hak harta sepencarian bagi pihaknya.






Kredit foto: PropertyGuru



Kesimpulannya, suami mempunyai hak terhadap aset rumah si mati sebanyak 1/4 bahagian sahaja. Pembelian rumah sebelum berkahwin ataupun selepas berkahwin tidak memberi kesan terhadap kelayakan suami mendapat bahagian harta pusaka rumah tersebut melainkan rumah tersebut sudah dipindah milik kepada orang lain.


Ada yang rasa nak buat tuntutan ni agak rumit dan leceh. Bagi yang mampu, bolehlah dapatkan khidmat peguam yang memang pakar dalam urusan tuntutan harta sepencarian atau pembahagian harta pusaka.


Semoga bermanfaat. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh..i thot klau isteri meninggal harta semua dpt pd suami terus sbg warisnya. Owhh..ada pembahagian faraid juga....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri pun boleh buat hibah atas nama suaminya kalau nak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.070973 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list