CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3600|Reply: 14

Saman Lagi! Angelina Jolie Dakwa Brad Pitt Laku Keganasan Rumahtangga

[Copy link]
Post time 25-3-2021 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Saman Lagi! Angelina Jolie Dakwa Brad Pitt Laku Keganasan Rumahtangga

Naik turun mahkamah dan failkan saman baru bukan perkara asing dalam kes perceraian antara Angelina Jolie dan Brad Pitt.

Kedua-dua bintang Hollywood ini telah berperang, sejak Angelina memfailkan saman perceraian ke atas Brad pada tahun 2016.

Fail Saman Baru, Keganasan Rumahtangga




Dipetik dari ET Online, pada 12 Mac 2021 baru-baru ini Angelina Jolie telah memfailkan saman baru ke atas Brad Pitt dengan dakwaan melakukan keganasan rumahtangga.

Menurut bintang filem ‘Maleficent’ ini, dirinya akan menyediakan bukti dan sokongan pihak berkuasa bagi mengukuhkan fail saman yang dibuatnya.

Keterangan Anak Jadi Bukti?


Foto – Pop Sugar


Dimaklumkan bahawa tuduhan baharu ini, akan melibatkan keterangan dari anak-anak kedua-dua bintang Hollywood ini.

Menurut Fox News, Angelina dan keenam-enam mereka iaitu Maddox 19 tahun, Pax 17 tahun, Zahara 16 tahun, Shiloh 14 tahun dan kembar Knox Vivienne 12 tahun akan memberi keterangan semasa perbicaraan akan datang.

5 Tahun Naik Turun Mahkamah


Foto – Instagram @bradpittofficial/@angelinajolie_official


Sejak kes fail saman perceraian dilakukan pada tahun 2016 sehinggalah ke hari ini, hampir lima tahun lebih kedua-dua pelakon hebat ini naik turun mahkamah.

Pasangan yang dahulunya sangat dicemburui ramai, kini berperang habis-habisan di mahkamah dan sepertinya kes ini akan berlanjutan.

Tuduhan Tidak Berasas Lagi?


Foto – Instagram @bradpittofficial/@angelinajolie_official

Pada tahun bulan November 2016, Angelina telah memfailkan saman keatas Brad Pitt dengan dakwaan telah melakukan penderaan kanak-kanak keatas anak mereka.

Tetapi kes itu kemudian ditutup selepas penyiasatan dilakukan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan juga Jabatan Perkhidmatan Keluarga Dan Anak tidak menemui sebarang bukti terhadap tuduhan tersebut.

Dan kini Angelina kembali menfailkan saman baru dengan tuduhan keganasan rumahtangga, buat masa sekarang pihak mahkamah masih dalam proses untuk perbicaraaan terhadap dakwaan baharu ini.

Kemelut Hak Penjagaan Anak Dan Harta Sepencarian?



Melihat kemelut perceraian yang melanda kedua-dua aktor ternama ini, rata-rata netizen menyatakan ini bukan saja berkait dengan isu hak penjagaan anak tetapi ianya termasuk isu harta sepencarian.

Semoga kedua-dua aktor ini dapat selesaikan kes ini dengan segera, kerana yang menjadi mangsa adalah anak-anak mereka.


Sumber : https://wanista.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi pencaras cash kah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2021 12:48 PM | Show all posts
ramai anak angkat dia... cm org asia pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2021 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 29-3-2021 12:48 PM
ramai anak angkat dia... cm org asia pun ada

Mmg asia la sis..kemboja dgn apentah satu lg tu lupa
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 12:59 PM | Show all posts
tak sudah2...dia cerai tu move on jelahhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 01:16 PM | Show all posts
dulu masa kes woody allen ngan mia farrow pun bukan sikit kata mia bitter ..xleh terima kenyataan.tapi bila tgk dokumentari allen vs farrow ...gila bapak iblis nye woody allen tu.so kena siasat betul2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2021 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 31-3-2021 01:16 PM
dulu masa kes woody allen ngan mia farrow pun bukan sikit kata mia bitter ..xleh terima kenyataan.ta ...

Mana nak tengok dokumentari tu?
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang anak deols c shiloh dengan sorang lagi kembar tu. dah nampak boyish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2021 06:18 PM | Show all posts
Nak sangat kan?  
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2021 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
shoyuna replied at 31-3-2021 05:44 PM
Mana nak tengok dokumentari tu?

Tgk kat HBO.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
shoyuna replied at 31-3-2021 05:46 PM
Sayang anak deols c shiloh dengan sorang lagi kembar tu. dah nampak boyish

Boleh tak I saspek Tu Angie punya keje..Dari kecik brainwashed anak cakap dioarg gay, naluri lebih pada lelaki, saja pakaikan boy clothes..sebab jeles maybe anak lagi lawa Dari dia..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols tak terkejutpun. Klu lah illuminati nak kena sacrifice something, tak heran klu sheols sanggup korbankan anak deols. Jadi kaum lgbt
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pdn muka. Bitch pencaras lg org. Kesian dgn jen masa tu whole world ship for them bradgenlina. Now rasakan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sejak dia caras brad pitt dr jen aniston aku xsuka dia. Anyway Jolie ni bagi aku salah satu contoh classical american beauty mcm jugak princess grace.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Xske dia sbb pencaras..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056353 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list