90 Hari Dalam Industri Porno, Mia Khalifa Dedah Rasa Trauma Dan Kesal
“Saya mengaku bekerja dalam industri porno sememangnya suatu waktu yang paling teruk pernah saya lalui.”
Menerusi podcast “Call Her Daddy“, bekas bintang porno iaitu Mia Khalifa mengatakan dia berasa trauma dan menyesal kerana terlibat dalam industri ini.
Viral dan terkenal melalui sebuah video porno, dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi selama 3 bulan sebelum ambil keputusan untuk berhenti.
Sentiasa menerima ugutan bunuh
Selepas seminggu video tersebut viral, Mia yang berusia 21 tahun ketika itu mengatakan dia menerima ugutan bunuh dan ‘dibuli’ di dalam media sosial.
“ISIS menghantar gambar yang telah dimanipulasi iaitu kepala saya dipenggal oleh seorang pemenggal. Mereka juga menghantar mesej dan amaran bahawa saya akan ke Neraka.”
Menerima pelbagai jenis ugutan dan amaran, ISIS yang dikenali sebagai kumpulan pengganas telah menggodam Instagram miliknya.
Pada masa yang sama, alamat dan foto tempat tinggal Mia juga dikongsi dan viral di semua media sosial.
“Ramai yang mengatakan saya mendapat duit yang banyak, tetapi…”
Mia mengatakan ramai yang mengatakan dirinya telah kaya-raya selepas video tersebut viral dan berada di semua media sosial. Tetapi Mia memberitahu bahawa dirinya hampir tidak dapat sebarang wang daripada video tersebut.
“Saya tinggal di sebuah apartment. Sangat buruk dan menjijikkan! Boleh dikatakan seluruh ruang dipenuhi dengan lipas. Situasi itu paling teruk sekali yang pernah saya alami.”
Foto – YouTube
Mempunyai pengikut sebanyak 2 juta di Instagram, tetapi tiada sesiapa yang percayai akan hal tersebut malah mengatakan dia sebenarnya berbohong.
Mia yang kini mempunyai akaun di OnlyFans hanya mengenakan bayaran hampir RM50 sebulan untuk menikmati kandungan eksklusifnya.
Hasil wang diterima di media sosial tersebut, Mia telah menyumbangkan hampir RM700 ribu untuk badan kebajikan.
Pura-pura tidak pernah terlibat dalam industri porno
Alexandra Cooper, host bagi podcast tersebut meminta Mia untuk menjelaskan ‘siapa gadis itu’ ketika video tersebut menjadi bualan ramai.
Menurut Mia, dia hanya berdiam diri dan tidak pernah bercakap mengenainya selepas tiga tahun pertama dia berhenti daripada industri tersebut.
Foto – @miakhalifa (Instagram)
“Setiap kali ditemu bual, saya tidak akan benarkan mereka untuk bertanya hal tersebut pada saya. Saya tak akan mengaku dan pura-pura tidak pernah terlibat.
Katanya setelah mendapatkan dan menjalani terapi, Mia sedar bahawa perkara tersebut seperti temu bual tidak merugikan malah membantu dirinya.
“Pengalaman tersebut akan terus menghantui diri saya”
Setelah setahun ‘hilang’, Mia telah kembali ke media sosial setelah berpindah ke Texas untuk memulakan hidup yang baru.
Kini Mia telah bekerja sebagai penyampai sukan, live-streamer dan cam girl. Pada masa yang sama, dia telah bertunang dengan seorang chef Sweden iaitu Robert Sandberg.
Foto – @miakhalifa (Instagram)
Sejurus berhenti daripada industri porno, Mia telah bekerja sebagai paralegal untuk sebuah firma undang-undang dan menjadi penjaga buku di firma pembinaan.
“Saya tidak diterima bekerja dan perlu dinilai dengan berhati-hati sebelum memasuki mana-mana syarikat kerana ada beberapa subkontraktor sangat ‘menyeramkan’.”
Kemudian Mia terpaksa berhenti kerana setiap orang tahu dirinya sebenar dan ia membuatkan dia berasa tidak selesa dengan tanggapan tersebut.