CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1277|Reply: 4

Bunuh Boyfriend: Tikam, Kerat Guna Gergaji, Simpan Daging Dalam Peti Ais

[Copy link]
Post time 23-3-2021 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Siberia: Tidak berperikemanusiaan. Itu gambaran kepada seorang wanita di Rusia yang nekad menikam teman lelakinya sebelum mengerat badan mangsa dan menyimpan mayat itu dalam peti sejuk.


The Sun melaporkan pasangan itu sempat minum bersama sebelum bertengkar mengenai hubungan mereka sebelum suspek beremosi dan marah.


Perbuatan ibu kepada seorang anak itu, Anna Vinokurova, 39, dituduh membunuh teman lelakinya, Evgeny, 27, terbongkar selepas kakitangan syarikat pelupusan barang menyedari titisan darah mengalir dari peti sejuk wanita itu.


Kredit foto: Agensi



Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mendedahkan suspek ditahan dan mengaku melakukan perbuatan jenayah itu.


"asangan itu dikatakan minum dan bertengkar sebelum suspek menikam dada mangsa dengan pisau.


"Bagi menutup perbuatannya, suspek mengerat mangsa dengan gergaji dan membungkusnya sebelum menyimpan mayat itu dalam peti sejuk yang kita percayai sudah lapan hari.


"Suspek kemudian menghubungi syarikat berkenaan bagi membawa peti sejuk itu ke daerah lain sebelum rahsianya terbongkar," katanya.


Suspek menjalinkan hubungan dengan mangsa yang baru dibebaskan dari penjara kerana mengedar dadah, Oktober lalu.


Sabit kesalahan suspek berdepan penjara 15 tahun. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
iols ingatkan gmbr tu gmbr pramugarit.. soryyyyy{:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 08:57 AM | Show all posts
buruk russian hidung parrot... hati pun huduh
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 08:58 AM | Show all posts
skrg ni byk berita pelik2 dari Rusia....ganas2 pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 09:51 AM | Show all posts
gambar sebelah pompuan tu gambar apa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.070165 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list