CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5026|Reply: 6

[LAIN-LAIN] Keluang Man Bakal Buat ‘Comeback’ Tahun 2021 Ini?

[Copy link]
Post time 18-3-2021 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Keluang Man Bakal Buat ‘Comeback’ Tahun 2021 Ini?


Keluang Man adalah sebuah siri animasi televisyen yang bersiaran sejak dari tahun 1996 lagi. Kebanyakan orang dewasa kini kebanyakannya membesar dengan siri komedi yang diilhamkan oleh Kamn Ismail bersama dengan pasukan pengasasnya.

Siri yang pernah menjadi sebahagian daripada kenangan masyarakat di Malaysia ini dikatakan bakal membuat kemunculan semula. Ini berdasarkan ciapan seorang pengguna media sosial @Topanesta di laman Twitter miliknya.

Dia memuat naik sebuah video yang dipercayai trailer rasmi siri animasi komedi terbabit yang berdurasi sekitar 26 saat. Ciapan terbabit terus mendapat perhatian netizen yang kebanyakannya menunggu watak adiwira anak tempatan ini dibangunkan semula.




Bagaimanapun, tidak pasti adakah video ini asli atau pun hanya sebuah video yang dihasilkan oleh peminat siri Keluang Man. Tetapi melihat kepada kandungan video terbabit, sudah pasti mengimbau memori serta pengalaman membesar bersama siri Keluang Man.

Untuk pengetahuan anda, jalan cerita Keluang Man bukanlah seperti adiwira yang sering kita tonton. Keluang Man tidak mempunyai kuasa, tetapi wataknya dibangunkan dengan naluri dan sikap kejujuran yang kuat. Dia juga seorang adiwira yang periang dan dianggap gila kerana menetap di Hospital Bahagia Tumpoi.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Keluang Man dikatakan bakal membuat kemunculan semula, beberapa tahun lalu berita sama turut dilaporkan dengan Keluang Man bakal tampil dalam bentuk filem oleh pengarah Rizal Halim. Namun pada 2018, Rizal mengambil keputusan untuk menarik diri daripada projek terbabit.
Sumber : https://www.thevocket.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni ke bakal berlakon jadi keluang man ni??

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke bakal jd keluang man,. sape plak yg jadi tiongmann
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok trailer bole tahan, harap team animation ada fresh idea macam ejen ali tu disamping kekalkan identiti keluang man,
Mohon jangan buat live action
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 05:00 PM | Show all posts
sebenarnya keluang man ni tk best pun

mula2 je best

dah akhir2 siri mcm bosan lak
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 05:32 PM | Show all posts
Edited by Mike459 at 30-3-2021 12:42 PM

Everything is very open with a clear description of the issues. It was truly informative. Your website is very helpful. Many thanks for sharing!


iMessage App
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2021 02:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar betik??? Better buat cartoon version. Enough lh dgn cicakman.Bila buat cartoon tu, improve lah quality cartoon jaman dulu dgn teknologi terkini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.054197 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list