CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 21727|Reply: 34

Sejarah Jalur Gemilang

[Copy link]
Post time 26-8-2004 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Merdeka, Merdeka, Merdeka! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga.
Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Satu Pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengahtengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
************************************************************

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh Akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet".

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George Vl pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di pekarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M Raja-Raja Melayu dan Pegawaipegawai King George Vl.
************************************************************


Jalur Gemilang Yang Baru

Jalur Gemilang adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963.

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965( ), namun jalurjalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehe...ni copy and paste jer ni.. saje je nak kongsi ngan korang..
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!


[ Last edited by starmate on 26-8-2004 at 10:29 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


join This user has been deleted
Post time 27-8-2003 11:04 AM | Show all posts

Jalur Gemilang

Is it time for our national flag to get a makeover?
Sound drastic and unpatriotic?
Our flag looks so similar to the American flag!
that is a cause for concern.
what do you think?
Reply

Use magic Report

ERID P.P This user has been deleted
Post time 27-8-2003 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by join at 2003-8-27 11:04 AM:
Is it time for our national flag to get a makeover?
Sound drastic and unpatriotic?
Our flag looks so similar to the American flag!
that is a cause for concern.
what do you think?



Join!!...did you realise that Aussie and New Zealand also have similar pattern of Flag??...jus askin??....If you know...meaning its doesnt bother if our country flags a little bit like U.S.
Reply

Use magic Report

ERID P.P This user has been deleted
Post time 27-8-2003 12:24 PM | Show all posts


This is Australian Flag.





This is New Zealand Flag.
Reply

Use magic Report

join This user has been deleted
Post time 27-8-2003 01:26 PM | Show all posts
They are different. They were once part of the British empire and still headed by the British Monarch. Their Chief of state is Queen Elizabeth II.
On the other hand we were never under the Americans. The only similarity is that we are a federation of states similar in a way to the United States of America.
Reply

Use magic Report

jarum This user has been deleted
Post time 9-9-2003 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by join at 2003-8-27 11:04 AM:
Is it time for our national flag to get a makeover?
Sound drastic and unpatriotic?
Our flag looks so similar to the American flag!
that is a cause for concern.
what do you think?


aku rasa 'jalur gemilang' tu dah cukup mengancam dan secara peribadi ia adalah bendera yg tercantik di dunia ni...garang dan bersemangat - - - imbas-2 bendera us tu biasakla - - - banyak bendera negara-2 di dunia ni yg seakan-akan - - - yg penting ianya mempunyai makna yg tersendiri - -- eeemmmm bendera negara-2 lain di dunia...ada ker nama khas macam 'jALUR GEMILANG' kita  ?

lagipun jenuh jugak nak sesuaikan dengan lirik-2 lagu 'jalur gemilang' yg dah sedia ada..

merah mu bara semangat waja
putih mu bersih budi pekerti
kuning berdaulat,payung negara
biru perpaduan kami semua

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2003 11:35 PM | Show all posts
eeemmmm bendera negara-2 lain di dunia...ada ker nama khas macam 'jALUR GEMILANG' kita  


bendera united kingdom ader... Union Jack..

hehe.. tapi pedulik laa depa ada nama ke dak.. bendera kiter, warna kite, nama kite, kebanggaan kite.. yeahh!!
Reply

Use magic Report

mayangpadi This user has been deleted
Post time 11-11-2003 08:20 PM | Show all posts
bendera kiter, warna kite, nama kite, kebanggaan kite..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2003 07:45 AM | Show all posts
our flag really needs a makeover! i'm not being unpatriotic but i believe our flag should have a "more nusantara look" just like the sang saka merah putih
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=76241
Reply

Use magic Report

brouhaha This user has been deleted
Post time 29-1-2004 06:55 PM | Show all posts
ni kena tanya graphic designers punya opinion nih ...
tapi i rasa it is okay as it is ... fly high Jalur Gemilang !!

PS : teringin  nak tengok jalur gemilang fly high masa sukan2 olimpik ke, SEA games ke ... tapi very rare lah ...coz kita tak terrer  sports and games nih...
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 30-1-2004 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by jarum at 9-9-2003 11:48 PM:
eeemmmm bendera negara-2 lain di dunia...ada ker nama khas macam 'jALUR GEMILANG' kita  ?


adaaaaa ...

hmmmm sebenarnya nama "Jalur Gemilang" tu kalau dah diterjemahkan dalam English dah ada persamaan dengan nama bendera US - "Stripes of Glory". please correct if i'm wrong
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2004 11:01 AM | Show all posts
errr...bendera US nama tuh ker?

edge ingat Star Spangled Banner?

"in the land of the brrraaaavvveeeeeeeee, in the something something of the freeeeeeeeee..." ahahahaha...

most americans do not know the words to the national anthem...
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 30-1-2004 11:13 AM | Show all posts
Originally posted by OnEdge at 2004-1-30 11:01 AM:
errr...bendera US nama tuh ker?

edge ingat Star Spangled Banner?

"in the land of the brrraaaavvveeeeeeeee, in the something something of the freeeeeeeeee..." ahahahaha...

most am ...



entah ler edge .. dulu dengar cam "Stripes of Glory" .. dok browse internet . dah "Stripes and Stars" ler plak. ni kira first time tahu "Star Spangled Banner" .. hehehehe .. kena tanya Cik Dar kita nih

btw ... bukan bendera Malaysia je yang sama ngan bendera US tu. Liberia pun berjalur horizontol merah putih tapi ada satu je bintang, besor! Bendera depa dipanggil "Lone Star" .. eheheh cam lone ranger lak!

Liberia's Flag Description:
11 equal horizontal stripes of red (top and bottom) alternating with white; there is a white five-pointed star on a blue square in the upper hoist-side corner; the design was based on the US flag.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2004 11:18 AM | Show all posts
Lone Star tuh juga nama untuk Texas state....

sebab bendera Texas ada satu bintang gak...camna rupa bendera Texas eh? lupa lak....

guess whi is this famous man from Texas

A confidence man, but why so beleagued?
He抯 not a leader, he抯 a texas leaguer
Swinging for the fence, got lucky with a strike
Drilling for fear, makes the job simple
Born on third, thinks he got a triple
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 30-1-2004 11:18 AM | Show all posts

MALAYSIA


USA


LIBERIA

so .. camana? mana lagi cantik? yang pastinya kalau nampak dari jauh .. memang cam sama je sebab jalur merah putih tu lebih prominent
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 30-1-2004 11:22 AM | Show all posts
another interesting facts .. hehehehe

since the american flag is like 200 years old .. any flags similar to THEIR flag is considered designed based on the US flag

this is what i found in the CIA World Factbooks

Malaysia's Flag Description:
14 equal horizontal stripes of red (top) alternating with white (bottom); there is a blue rectangle in the upper hoist-side corner bearing a yellow crescent and a yellow fourteen-pointed star; the crescent and the star are traditional symbols of Islam; the design was based on the flag of the US.

[ Last edited by Paja on 30-1-2004 at 11:28 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Paja This user has been deleted
Post time 30-1-2004 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by OnEdge at 2004-1-30 11:18 AM:
Lone Star tuh juga nama untuk Texas state....

sebab bendera Texas ada satu bintang gak...camna rupa bendera Texas eh? lupa lak....

guess whi is this famous man from Texas

A confidence man, ...


errrr bush ka?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2004 11:27 AM | Show all posts
upah kredit.....ahahahahaha

Eddie Vedder cukup menyampah tol ngan bush jr nih...ahahahaha
Reply

Use magic Report

Paja This user has been deleted
Post time 30-1-2004 11:33 AM | Show all posts

ok, more interesting facts

dari http://www.geocities.com/CollegePark/Lab/7966/sejarah.htm

Sejarah Bendera Persekutuan Tanah Melayu

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.


Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. :cool:

Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-  Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. (hmmmmmm bendera kita mendapat restu Raja Britain wooooo!!!:re:)

Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

p/s: Edge .. thanks for the thumbs up! welll ... the clue was soooooo obvious!
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2004 03:39 PM | Show all posts
nama glamor bendera US...Old Glory jadi bolak-balik...sama le cam Jalur Gemilang

Bendera Indon tu takde nampak aih kenusantaran dia....setakat sebelah putih sebelah merah....sama cam bendera Poland dan Monaco....yang nampak kenusanteraan di Asia Tenggara ialah Brunei, Laos dengan Philippines pada mata aku le.....

Tapi bendera baru Iraq tu hodoh betul!!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.068226 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list