CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3740|Reply: 0

Tips Padu Memancing Tongkol Putih

[Copy link]
Post time 17-3-2021 08:31 PM | Show all posts |Read mode
Tips Padu Memancing Tongkol Putih





Walaupun berharga rendah di pasaran, tongkol putih atau aya kurik merupakan spesies yang seronok dipancing.  Jika anda ingin menguji kepakaran mengendalikan peralatan sederhana (aksi ringan dan sederhana) dengan kekuatan maksimum 15Ib, kenapa tidak cuba dengan ikan peluru torpedo ini.



Henjutan dan rembatan yang dibuat ke atas set pancing membuatkan otot-otot lengan kejang seketika. Ketika ini  anda akan lihat joran aksi sederhana melentur bagai huruf U.

Bertarung dengan spesies pelagik berlainan dengan demersal kerana spesis pelagik mampu memberikan tantangan hingga ke permukaan air, kadang-kadang ia membuat loncatan akrobatik ke udara… mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Bertarung dengan ikan berbadan tegap dan sasa, anda perlu sabar, layan kehendak dan arah renangan ikan, bagi tekanan dan pam pada kekuatan 1/3 dari kekuatan tali yang digunakan.




Begitu pun aya kurik cepat letih walaupun kuat pada permulaan dan biasanya kurang dari 10 minit ia mula mengikut arah tali masuk ke spool. Ketika ini anda tidak perlu gopoh memujuknya ke arah bot, layan dengan sabar sehingga ia benar-benar tersadai keletihan ke sisi bot.

Perambut sepanjang pangkal lengan (2-3 kaki) dengan kekuatan 30Ib-50Ib disyorkan. Jangan terlalu panjang perambut kerana ia menyukarkan anda membuat balingan ke kawasan ikan bermain. Tidak perlu dawai, tandok, ladung maupun pemberat.

Ikat mata kail bersaing 1/0, 2/0, 3/0, 4/0 hingga 5/0 sama ada jenis mata kail octopus (untuk umpan hidup) dan mata kail o’shounessey (umpan mati).




Umpan mengikut susunan kegemarannya bilis segar, anak tamban, selar, kembung, selayang dan tamban segar. Saiz ikan umpan itu jangan terlalu besar, paling baik 1 hingga 2 jari dewasa. Tidak kisah sama ada umpan hidup mahupun mati dengan syarat ia segar.




Dari perspektif pemancing pula, aya kurik yang bersaiz kecil (besar lengan) sesuai dijadikan umpan hidup (live bait) untuk memancing layaran, mersuji mahupun tenggiri.

Disebabkan ikan aya memiliki darah hanyir yang banyak dikeluarkan dari badannya, umpan yang hidup biasanya `dikelar’ agar darah berbau hanyir yang keluar mampu menarik perhatian mangsa terutama ikan jerung yang tajam deria pengesan mangsa.

Aya juga boleh dimodifikasi untuk menggantikan gewang yang dibeli. Keberkesanannya hampir sama sahaja dan harganya lebih rendah dari gewang yang dibeli. Isi aya juga banyak digunakan untuk memancing ikan merah (snapper atau red snapper) di negara kita juga di negara luar seperti di Australia.


Sumber : https://www.umpan.com.my


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045974 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list