View: 4510|Reply: 2
|
MILDEF Bina Kenderaan Perisai Nasional Pertama - AKT
[Copy link]
|
|
Ketua Pegawai Eksekutif, Mildef International Technologies Sdn Bhd, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa bersama kenderaan nasional berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4×4) - NSTP/Khairul Azhar Ahmad
Berita Harian
Alzahrin Alias
[email protected]
KUALA LUMPUR: Mildef International Technologies Sdn Bhd (Mildef) berjaya membangunkan kenderaan nasional berperisai mobiliti tinggi empat roda (HMAV 4×4) buatan tempatan yang pertama.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa, berkata ia sekali gus menepati komitmen Mildef untuk menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar kenderaan pertahanan utama di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun akan datang.
Beliau berkata, 70 peratus pembangunan HMAV 4x4 adalah daripada kepakaran tempatan, manakala selebihnya adalah berdasarkan kerjasama dengan pihak ketiga.
Katanya, Malaysia sehingga kini masih tidak mempunyai kenderaan pertahanan nasional yang mampu menyelesaikan cabaran sokongan selepas jualan dalam perkhidmatan tentera, kerana terlalu bergantung kepada pembekal antarabangsa.
"Industri kenderaan pertahanan mampu melonjakkan lagi ekonomi negara dalam pembuatan kenderaan, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta peralatan tulen (OEM).
"Ia juga akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan selain meningkatkan kemahiran tenaga kerja mahir tempatan melalui perkongsian dengan pihak lain.
"Kami percaya, pembangunan kenderaan berperisai HMAV 4x4 ini adalah langkah awal dalam menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama kenderaan sedemikian dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya dalam satu temu bual bersama BH.
Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata, kumpulan juga dalam proses perbincangan akhir bagi pemilikan tanah di Dengkil, Selangor bagi membina kemudahan pengeluaran utama dikenali sebagai Defend City.
Beliau berkata, kumpulan membuat pelaburan yang tinggi bagi pembangunan Defend City yang akan mempunyai kilang pembuatan dan kemudahan lain.
Katanya, apabila kemudahan itu siap kelak, ia mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran HMAV 4x4 sebanyak 100 buah setahun berbanding hanya 30 hingga 50 buah ketika ini.
Ketika ditanya adakah kenderaan pertahanan nasional pertamanya itu menepati standard yang ditetapkan dan mampu bersaing dengan kenderaan berperisai yang lain, Mohd Nizam berkata Midelf yakin sepenuhnya HMAV 4x4 adalah seiring dengan standard yang ditetapkan kebanyakan pasukan tentera di dunia.
"HMAV 4x4 pada minggu lalu sudah diuji oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan melalui pelbagai struktur jalan dan cabaran darat dan air. Berdasarkan maklum balas awal, mereka berpuas hati dengan kemampuan HMAV 4x4.
"Malah penyelidikan dan pembangunan HMAV 4x4 juga selama empat tahun ini turut dibantu oleh agensi pertahanan Malaysia iaitu Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) serta ATM dalam mengesahkan reka bentuk termasuk pembangunan kenderaan mengikut aplikasi standard ketenteraan.
"Kita selalu terlupa selama ini, jika menggunakan kenderaan berperisai dari negara pengeluar lain, kebiasaanya banyak pengubahsuaian perlu dijalankan kerana kenderaan itu dicipta berdasarkan bentuk muka bumi dan iklim negara itu.
"HMAV 4x4 dicipta sesuai dengan kehendak muka bumi dan iklim negara serantau ," katanya.
Mohd Nizam berkata, sejak diperkenalkan dua minggu yang lalu, Mildef mendapat pertanyaan permintaan daripada beberapa negara untuk pembelian dan perkongsian hak cipta intelek.
Beliau berkata, ini membuktikan negara lain turut mempercayai produk keluaran Malaysia berdasarkan kepada reka bentuk dan teknologi yang digunakan.
Katanya, Mildef juga sudah menyertai penghantaran tender kepada Kementerian Pertahanan bagi menawarkan pembelian kenderaan berperisainya itu.
"Saya yakin kerajaan akan menilai dari semua sudut dalam menentukan pembelian kenderaan berperisai keluaran kami.
"Mildef ketika ini juga dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) beberapa model kenderaan berperisai yang baharu," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni baru tahu kewujudan MILDEF
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu nama Kembara suci kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|