Seroang ahli perniagaan berusia 72 tahun melamar teman wanitanya berusia 26 tahun untuk berkahwin, dan pasangan itu terbuka mengenai hubungan mereka.
Kisah cinta itu membabitkan influencer cantik, Co Ngan dari Vietnam dan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat warga Amerika Syarikat (AS), Wynn Katz.
Pasangan tersebut mengadakan parti pertunangan mewah minggu ini bagi meraikannya.
Foto: Newsflash
Ratu cantik itu berkata: "Saya tahu Katz menerusi rangkaian sosial.
"Lama-kelamaan kami mempunyai perasaan antara satu sama lain," tambah Co.
Wanita berusia 26 tahun itu mempunyai kira-kira 170,000 pengikut di aplikasi TikTok.
Co juga menyertai pertandingan ratu cantik dan berkongsi tip peragaan dan fesyen secara dalam talian.
Dalam pada itu, Co mendakwa, dia tidak menyedari jurang umur mereka apabila bersama teman lelakinya.
Menurutnya, mereka bersama adalah kerana keserasian dan bukannya disebabkan oleh kekayaan Wynn. - CARI
Post time 9-3-2021 09:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tidak ada yg salah..
Perempuan tu kawen sbb duit lelaki itu...klu lelaki itu tua dan miskin .. nak ke dia?
Lelaki itu kawen sbb kecantikan n ke hot an pompuan tu.. klu pompuan tu tua...berkedut... kepam.. busuk..nak ke dia?
Fair n square la... selalu klu jadi mcm ni.. pompuan kena kecam gold digger la apa la.. hello... laki tu hampa x kecam kaaa gatai peli* nak pompuan hot ajeeerr