View: 10277|Reply: 76
|
Serunding Berulat Sebab Tak Laku, Saharul Ridzwan Rugi RM30 Ribu
[Copy link]
|
|
Pernah berdepan kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan, pelakon Saharul Ridzwan berkata ujian itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam bidang ini.
Menurut Saharul, 32, dia pernah kerugian puluhan ringgit ribu kerana perniagaannya tidak mendapat sambutan kerana kurang ilmu dan terlalu yakin diri.
"Sebelum ini, saya pernah berniaga serunding, minyak wangi dan skrub muka, tetapi semuanya tidak menjadi kerana tiada pembeli. Dengan tiada ilmu, saya mengalami kerugian hampir puluhan ribu dan duit simpanan keluarga lebur.
"Contohnya perniagaan serunding semasa bulan puasa, saya rugi hampir RM30,000... stok tak terjual sampai berulat sedangkan modal dikeluarkan dah banyak.
"Mungkin kerana kurang ilmu, sebelum meniaga kita acah-acah buat serunding terbaik di dunia tapi tanpa ilmu dan bimbingan, baru saya sedar tak boleh guna populariti semata-mata untuk jana pendapatan," katanya kepada mStar.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/08/140920dvwy2y2ye299evvg.jpg) Foto: IG
Pelakon Cinta Sekali Lagi ini berkongsi pengalamannya itu semasa pelancaran produk wangian aromatik miliknya, Ode Scents yang diadakan secara maya, baru-baru ini.
Bagi perniagaan wangian aroma rumah dan kereta keluaran syarikatnya, Pack Houz Sdn Bhd, Saharul mengeluarkan modal sebanyak RM250,000 membangunkan jenama tersebut bersama rakan kongsi, Nadzir Samsuddin.
Dalam pada itu, Saharul berkata populariti sebagai pelakon bukanlah tiket mudah untuk dia meraih kejayaan dalam perniagaan.
Sebaliknya, ilmu dan bimbingan daripada mereka yang pakar dalam perniagaan diperlukan bagi membangunkan sesuatu produk dan jenama.
"Sebenarnya tanpa ilmu memang susah nak bangunkan perniagaan sebab kita hanya pakar dalam bidang seni... semenjak itu saya banyak bergaul dengan usahawan berjaya dan mereka berkongsi tips dan bertukar pendapat.
"Saya sendiri kena mulakan dari bawah dan rasa sendiri kesusahan itu, kalau tengok perjalanan usahawan berjaya, mereka semua pernah rasa susah, jadi saya pun perlu merasai benda yang sama.
"Idola saya dalam bidang perniagaan ini ialah Shuib, awal-awal dahulu saya selalu bertanya dan dapatkan nasihatnya... ramai anak seni yang boleh dijadikan idola antaranya Datuk Rosyam Nor," ujarnya.
Sementara itu, Saharul berkata dia mula mengorak langkah dalam bidang perniagaan kerana menyedari populariti sebagai seorang pelakon mungkin tidak bertahan lama.
"Kita kena sedar yang populariti tidak akan kekal lama. Ia boleh datang dan pergi. Saya tak boleh salahkan sesiapa jika orang sudah tak minat saya lagi seperti dahulu.
"Tetapi tidaklah terfikir sampai nak tinggalkan industri ini. Tempoh 10 tahun itu panjang. Dengan pekerjaan inilah saya boleh beli rumah, berkahwin dan dapat perihal pengalaman positif lain.
"Berlakon tetap menjadi minat utama saya. Saya pegang kata-kata seseorang. Jadikan berlakon sebagai satu hobi yang serius. Itu yang saya lakukan sekarang," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dik.. Ko bukak pusat tuisyen pun mgkin lebih afdhal... |
|
|
|
|
|
|
|
Tok guru yg sama le ni
Sifu meniaga mana la ni kalau buka zizang semang
Template korg same je
Cerita kisah dulu konon tak berjaya skrg dah berjaya
Kononnnnmm |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dia jual buah pisang ke? Ni serunding pula? |
|
|
|
|
|
|
|
Geli betul iols bila retis keluar produk minyak wangi. Sedangkan minyak wangi retis barat pun iols tak layan |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa wife dia selalu make up tebal? tak
pernah nampak naked face wife nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia PERNAH jual serunding dan lingkup...
|
|
|
|
|
|
|
|
oh.. Thank you momod![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kisah shuib pasal kopi x laku smpi expired.. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi.. thread ni sebenarnya iklan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dia berlakon jd mamat saiko dgn zara zya tu, seram ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak buka bisnes ni mmg kena belajar banyak benda
good luck ye shahrul
semoga makin maju |
|
|
|
|
|
|
|
Serunding ni payah nak berulat.
Unless buatan tak betul atau dia simpan sampai bertahun-tahun sebab tak laku. |
|
|
|
|
|
|
|
betul..setau i bukan berulat...tp berkulat or berkulapuk...
tp x taulah kot proses dia buat serunding tu x betul..sampai berulat plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni pon bakalan sendu..produk cap ayam oem kilang murahan juga tp jual mesti harga yahudi. |
|
|
|
|
|
|
|
So nak cakap sekarang ada ilmu lah? We'll se how brother. Product product jualan retis ni kejap je |
|
|
|
|
|
|
|
belilies replied at 8-3-2021 02:23 PM
Geli betul iols bila retis keluar produk minyak wangi. Sedangkan minyak wangi retis barat pun iols t ...
At one point masa ramai ramai retis keluarkan perfume, supplier and kilang diorang company yang sama je pun lol. Lebih kurang krim timbang kilo lah tapi versi minyak wangi. |
|
|
|
|
|
|
|
dlu bini kan ade butik
npe x gunekan je kepakaran yg bini ade tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|