CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6534|Reply: 4

Kebaya tradisonal berasal dari mana sebenarnya?

[Copy link]
Post time 5-3-2021 07:28 PM | Show all posts |Read mode
KEBAYA TRADISIONAL: BERASAL DARI MALAYSIA ATAU INDONESIA?

Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional bagi kaum wanita mereka tersendiri seperti Sari untuk suku kaum India dan juga Cheongsam untuk suku kaum Cina. Untuk suku kaum Melayu pula, ada je Baju Kurung tapi ada lagi satu pakaian tradisional yang mungkin boleh diperdebat tentang di mana ia tercipta.

Ia adalah baju Kebaya, pakaian tradisional yang sinonim dengan adat dan budaya nusantara. Tapi tu lah, baju Kebaya ni sebenarnya antara punca pergaduhan Indonesia dengan Malaysia sebab masing-masing nak claim yang Kebaya ni datang dari negara dorang. Jadi sebenarnya, dari mana baju Kebaya ni datang? Baju tradisi siapa sebenarnya ni? Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, teruskan membaca.

Baju tradisional yang dipakai di sekitar Nusantara



Sebenarnya, baju Kebaya ni bukan saja popular di Malaysia dan Indonesia sahaja, ia juga dipakai di Singapura dan Brunei dalam pada masa yang sama dianggap sebagai baju tradisional di negara mereka juga. Tetapi, setiap negara pasti ada versi mereka tersendiri dan mungkin dipengaruhi oleh adat yang berbeza.

Sebagai contoh, kat Malaysia ni (sebab nak agungkan kebaya kebangsaan kan) kita ada banyak sangat variasi baju Kebaya dengan design-design yang menarik. Boleh dikatakan hampir setiap negeri ada Kebaya mereka sendiri sampaikan kaum Cina Peranakan pun join sekali cipta variasi dorang sendiri.

Antara variasi yang ada ialah Baju Belah Kebaya Panjang (Johor), Kebaya Kota Bharu (Kelantan), Kebaya Riau-Pahang (Pahang), Kebarung dan Kebaya Selangor (Selangor), Kebaya Nyonya (Cina Peranakan), Kebaya Pulau Pinang (India Peranakan) dan Kebaya Saloma (Versi Saloma). Banyak kan? Sebenarnya terdapat banyak lagi versi-versi yang lain tetapi setakat apa kitorang tahu, ini lah yang popular kat Malaysia.

Untuk Baju Belah Kebaya Panjang ni, rekaannya sangat classy dengan potongan kain yang labuh memanjang hingga ke buku lali dan mempunyai belahan di bahagian hadapan. Pemakaian kebaya di Johor itu sendiri dikatakan adalah sebagai warisan daripada kerajaan Johor-Riau pada zaman dahulu.Bagaimanapun, Kebaya Kota Bharu pula terdapat kancing dihadapan bahagian dada baju tersebut, ia juga dikatakan mirip dengan kebaya di Pulau Jawa dan itu membezakan kebaya itu dengan kebaya-kebaya yang lain.


Baju Belah Kebaya Panjang, Johor. Imej dari Blog

Bagi Kebaya Riau-Pahang pula, terdapat nama lain bagi baju itu iaitu Kebaya Turki. Kebaya itu mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung Cekak Musang yang boleh diletakkan kerongsang di bawahnya dan bahagian hadapannya berbelah sama seperti baju kebaya yang lain. Siapa je yang tak tahu tentang budaya Baba Nyonya, mereka mempunyai twist tersendiri dalam merevolusikan baju kebaya mereka iaitu Kebaya Nyonya. Mereka menggunakan fabrik yang mempunyai corak ala-ala bunga yang dipanggil Kasa Rubiah, ia agak jarang (seksi gitu), nipis dan biasanya dibuat daripada bahan-bahan yang bermutu tinggi seperti sutera.


Kebaya Riau-Pahang. Imej dari Alaf 21

Seterusnya adalah Kebarung, apa benda Kebarung ni? Ia adalah gabungan Kebaya dan Baju Kurung, kira tak perlu terangkan lebih-lebih sebab dia adalah Kebaya yang mempunyai bentuk seperti baju kurung dan dikatakan ia berasal dari negeri Selangor. Ada juga Kebaya yang dipopularkan oleh Biduanita Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma, dia terkenal dengan gaya berkebaya yang ketat, mengikut bentuk badan dan seksi. Kebaya ini sinonim dipanggil sebagai Kebaya Saloma dan masih lagi diperagakan oleh orang-orang tempatan.


Saloma memperagakan Kebaya mengikut gaya tersendiri. Imej dari Blog

Selain Kebarung, ada juga baju kebaya lain yang diguna pakai di Selangor dan ia dipanggil sebagai Kebaya Selangor, Ia mempunyai rekabentuk yang simple dan elegance, di mana ia tidak mempunyai kolar seperti mana kebaya-kebaya yang lain dan amat cantik untuk dihiasi dengan hiasan seperti kerongsang. Bagi Kebaya Pulau Pinang pula, ia mempunyai sedikit corak dan rekabentuk daripada Sari (pakaian tradisional India) disebabkan pengaruh kaum India Muslim yang menetap di situ.


Banyak betul variasi yang ada ni, ni belum cerita versi-versi dari Indonesia lagi. Negara besar macam tu mesti ada lebih banyak variasi dorang kalau nak dibandingkan dengan Malaysia, lagi-lagi katanya Kebaya ni sendiri datang dari negara seberang (mesti ramai orang Malaysia tak puas hati ni).

Warisan dari budaya Jawa sejak abad ke 17


Budaya di Tanah Jawa. Imej dari Lensa Budaya

Dikatakan nama Kebaya itu sendiri berasal dari perkataan arab iaitu Abaya, ia merupakan nama kepada satu jubah arab yang dipakai oleh wanita. Susah nak cakap dari mana terciptanya kebaya ni, tapi kalau dilihat kepada sejarah, dikatakan baju kebaya ni berasal daripada Pulau Jawa sejak dari zaman Jawa kuno pada abad ke-15 iaitu semasa kedatangan agama Islam di situ. Hal ini kerana, sebelum abad ke-15, masyarakat wanita Jawa kuno lebih lazim dengan kain panjang, tenun, ikat, dan juga kemben.

Pada abad ke-16, Kebaya digunakan secara rasmi oleh keluarga kerajaan (di Jawa) dan telah menjadi lebih popular dikalangan orang yang berstatus tinggi (orang kaya lah kot) hingga dianggap sebagai simbol kekayaan. Semasa penjajahan Belanda, baju kebaya juga digunakan oleh perempuan Belanda (yang datang ke Tanah Jawa) bersama-sama dengan jarit atau nama lainnya kain batik panjang. Pada masa itu, kebaya hanya menggunakan bahan tenunan mori (kain putih untuk membuat batik) lalu dikembangkan menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.


Wanita Belanda bersama wanita Jawa. Imej dari Pinterest

Beza pula pada abad ke-19, kebaya menjadi pakaian harian bagi semua kelas sosial baik wanita Jawa mahupun wanita Belanda. Ia bahkan menjadi pakaian wajib para wanita Belanda yang berhijrah Hindia (nama Indonesia semasa di bawah jajahan Belanda). Namun, kebaya juga pernah dipandang hina ketika zaman penjajahan Jepun kerana ia dikira sebagai pakaian yang dipakai oleh tahanan dan buruh paksa wanita pada masa itu.

Selepas kemerdekaan Indonesia, baju kebaya dan kain batik menjadi simbol perjuangan dan nasionalisme. Nilai dan status kebaya kembali naik (dari zaman Jepun) dan dijadikan sebagai busana di acara-acara rasmi dan kenegaraan. Kebaya juga memiliki makna tersendiri iaitu memikat, menarik hati, indah dan mempersona. Bagaimanapun, pakaian tradisional itu tidak lah dikira sebagai tradisional sangat.




Terdapat pelbagai inovasi yang telah ditonjolkan oleh pereka-pereka busana sebagai usaha untuk menjadikan baju kebaya ni berdaya saing dan diminati oleh orang muda. Dari situ lah terciptanya baju kebaya yang moden dan ia masih akan berevolusi mengikut trend semasa dan citarasa masyarakat.

Busana tradisional yang menyatukan dan menampilkan keanggunan


Keanggunan dalam baju Kebaya. Imej dari ExpatGo

Kalau kita nak bercerita tentang kebaya, kita tidak hanya membincangkan berkenaan masalah busana dan perkembangannya sahaja. Macam-macam lagi akan dibincangkan disebabkan Kebaya itu sendiri merupakan simbol keanggunan, sifat kewanitaan dan juga sebuah hasil karya budaya yang telah melintasi ruang dan waktu. Ia juga merupakan simbol penyatuan masyarakat Nusantara itu sendiri.

Bukan sahaja dilihat sebagai fesyen, ia patut dilihat sebagai busana tradisional yang mempunyai maksud mendalam dari segi seni yang ditawar olehnya. Jadi kepada wanita-wanita Malaysia, korang sebagai pewaris busana yang mempunyai pelbagai cerita ni haruslah memeliharanya supaya ia tidak akan hilang dari mata dunia.

SUMBER:https://soscili.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Wanita Belanda mukanya kuat sangat aura maskulin.

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
TT iols nak gambar kebaya labuh Siti Tanjung Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal Bali..kebaya tuh.... Ni fakta ...tenguk kat Tiktok gugurl Bali..


Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 04:00 PM | Show all posts
rindunya nak berkebaya..apakan daya..kebulatan diri ini menghalang diriku menyarungkan kebaya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.078656 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list