View: 7448|Reply: 36
|
"Tolong Fikir Positif, Semua Duit Halal"-Syura Tak Perlu Sugar Daddy
[Copy link]
|
|
"Tidak semua yang dikongsikan di media sosial seperti membeli kereta baru atau rumah baru itu untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya, kita yang tengok kena berfikir positif dan bersangka baik," kata penyanyi dan pelakon, Syura Badron.
Ia sebagai mengulas video berdurasi 44 saat dimuatnaik Syura, 34, di TikTok dan ditujukan kepada sesiapa yang terasa.
Katanya, kepada mereka yang terasa atau 'sentap' itu, baguslah.
Foto: IG
"Video ini sebagai peringatan bersama supaya kita tidak mudah atau cepat 'menjatuh hukum' terhadap tindakan orang lain yang bersikap terbuka membuat apa sahaja perkongsian mereka di media sosial.
"Kita yang mengikuti seseorang itu di media sosial janganlah cepat buruk sangka dan membuat andaian sendiri bahawa apa yang dikongsi sama ada perjalanan kejayaan dalam hidup dipaparkannya adalah mahu menunjuk-nunjuk.
"Sekarang sudah tahun 2021, jadi tiba masanya kita yang mempunyai fikiran negatif dan cepat buruk sangka mengubah cara pemikiran. Ubah perlahan-lahan cara berfikir itu yang akhirnya akan membersihkan hati," katanya.
Menurut Syura yang juga ibu tunggal tiga anak, pandanglah semua kejayaan orang lain itu sebagai satu inspirasi dan bukan dengan perasaan dengki atau iri hati.
Katanya, sejak aktif dengan perniagaan kosmetik diusahakan, dia sering mengingatkan diri supaya terus bersabar dan tidak begitu mempedulikan segala cakap -cakap orang mengenai dirinya.
Terdahulu, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron baru-baru ini dikaitkan dengan 'sugar daddy' yang didakwa membantunya dalam menjalankan perniagaan.
Mengikut perkongsian tangkap layar mesej dikongsikan Syura di Instagram, dia ditanya individu tidak dikenali di media sosial apakah dirinya 'ditaja' seseorang sehingga mampu mengusahakan perniagaan sendiri.
Sedih dengan fitnah itu yang membuatkan dirinya dihentam segelintir netizen, Syura berkata, dia tidak perlukan 'sugar daddy' untuk membuka perniagaan kerana segala modal itu daripada hasil wang simpanannya dan punca yang halal. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nampk awet muda la syura.. dia menang masterchef kn... |
|
|
|
|
|
|
|
Produk dia ni timbang kilo jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantiknya kulit dia..flawless. Ke pakai consealer? Tp cantik la. |
|
|
|
|
|
|
|
tak buat fake conversation lagi ke syura??kantoi busuk je ko kat benang sblum ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin lawa. Smpai xperasan rupenye die hos rancangan masak2 blender vs lesung tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cemana dia bleh menten kurus dan semakin cengkung yaaa
Nampak mcm jenis makan je apa saja tak nampak plak jenis acah2 dayed ke gi gym pun takde.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sheols ada buat gigi ke apa.. Tak lawa pulak.
Lawa lagi sheols dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
HAHAHAHA. Dah kantoi haritu, kali ni guna taktik lain la pulekkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 26-2-2021 02:17 PM
tak buat fake conversation lagi ke syura??kantoi busuk je ko kat benang sblum ni
kantoi apa ni? ada link thread tu x? |
|
|
|
|
|
|
|
Syura dari dulu sampai sekarang maintain cantik |
|
|
|
|
|
|
|
kantoi busuk siot..aku pun salute ngan forumer yg bagitau pasal dua dot tu sbab awal2 aku xprasan tau..hebat csi forumers kita ni..hahahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
kurangkan gedik dan body language ke arah fefeeling cantik...
selamat maju jaya... |
|
|
|
|
|
|
|
kantoi fake dm conversation sbab cara so called org dia dm tu sebijik cara dia balas mesej orang tu..chuollss baca kat link ni..dia ni memang muka takde segan benda da kantoi bodoh pun nak dok jaja lagi citer dibela sugar daddy..nampak nau nak berlaki sgat aihh..
https://bm.cari.com.my/forum.php ... amp;highlight=syura
|
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekarang iols tak habis fikir motif sheols nak fitnah diri sendiri. Nak naikkan nama yang sendu? Tapi masalahnya dah fitnah diri sendiri pun tetap maintain sendu
|
|
|
|
|
|
|
|
mieymiey replied at 26-2-2021 04:20 PM
Sampai sekarang iols tak habis fikir motif sheols nak fitnah diri sendiri. Nak naikkan nama yang s ...
Usaha nak naikkan rating diri sendiri tapi tetaplah nampak senduuuu dan bodoh..sheollss kne belajar dari rival dia si nana sendayan tu cara nak reincarnate diri dari imej acik lorong rebel pakai dress sleeveless n penampakan lutut itam to imej perempuan lindungan kaabah poojaan netizen.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|