View: 6357|Reply: 63
|
[Tempatan]
Perak Man, rangka berusia 11,000 tahun akhirnya miliki wajah
[Copy link]
|
|
Perak Man, rangka berusia 11,000 tahun akhirnya miliki wajah
Diterbitkan 25 Feb 2021, 12:13 pm
Perak Man, rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun yang ditemukan 30 tahun lepas di Lembah Lenggong, Perak, kini mempunyai ‘wajah’ lakaran, yang siap pada 19 Jan lepas.
Lakaran wajah Perak Man itu dibuat menerusi kaedah 3D virtual reconstruction, oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pakar reka bentuk 3D dari Brazil, Cicero Moraes, individu yang sering menjadi rujukan dalam bidang pembinaan semula wajah forensik di negaranya.
Artikel jurnal berkenaan diterbitkan menerusi ‘Malaysian Journal of Medical Sciences USM’.Pensyarah Radiologi Oral dan Maksilofasial di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM Dr Johari Yap yang juga merupakan seorang daripada penyelidik berkenaan berkata projek itu tercetus sejak dua tahun lepas, hasil idea Pakar Bedah Neurosurgeri di Hospital USM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah.Berkongsi cerita dengan Bernama, Johari berkata Jafri Malin yang banyak menjalankan kajian berkaitan neurosains dan kognitif telah mengajak beliau untuk mereka bentuk semula tulang kepala Perak Man dan seterusnya membuat lakaran wajah Perak Man.
Johari yang memilki kepakaran dalam pengimejan kraniofasial dan rekonstruksi 3D muka serta tengkorak berkata beliau telah menggunakan data imbasan CT Perak Man dan tengkorak yang terbentuk dalam imej 3D untuk dihantar melalui e-mel kepada Moraes bagi menghasilkan lakaran wajah.
Jelasnya sebelum mereka bentuk wajah, Moraes memerlukan maklumat seperti jantina, umur dan keturunan bagi menghasilkan tisu muka berdasarkan ketebalan purata melalui kajian sebelum ini.
“Apabila muka sudah terbentuk, pihak kami akan berbincang mengenai warna mata, warna kulit, rambut berdasarkan Antropologi Forensik.
“Oleh kerana Perak Man ini dirujuk sebagai ‘Australo-Melanesian’ serta merupakan nenek moyang kepada orang asli Negrito, maka ciri-ciri Negrito banyak mempengaruhi reka bentuk akhir muka Perak Man ini,” katanya.
Perak Man, rangka tulang manusia yang hampir sempurna yang dijumpai di Asia Tenggara pada zaman batu era paleolitik ditemukan hasil penyelidikan Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM yang diketuai Prof Datuk Dr Zuraina Majid dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.
Ia ditemukan pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Lembah Lenggong, Hulu Perak dan dipercayai hidup 10,000 hingga 11,000 tahun dahulu.
Ia juga merupakan tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan kongenital yang dikenali sebagai brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dalam posisi janin di dalam kandungan, dengan kedua-dua kakinya berlipat ke arah dada. Ia dikebumikan dengan peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Selain Johari, Jafri Malin dan Moraes, empat lagi penyelidik yang terlibat dalam kajian berkenaan ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin, Pakar Forensik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM Dr Helmi Hadi, Pakar Pengimejan Kraniofasial Prof Dr Zainul Ahmad Rajion dan Pensyarah Sekolah Seni USM Norshahidan Mohamad.
Jelasnya, hasil kajian mendapati anggaran isi padu otak Perak Man adalah 1,204.91 mL, rendah sedikit daripada isi padu otak manusia moden yang dalam lingkungan 1,312 mL hingga 1,479 mL dan secara tidak langsung dapat memberikan sedikit maklumat kognitif berkaitan Perak Man.
“Walaupun dilahirkan dengan kecacatan fizikal, Perak Man terus hidup dan menjalani gaya hidup berburu dan berkumpul secara nomad, mungkin disebabkan penjagaan yang diberikan kepadanya. Dia mungkin mengatasi kekurangan fizikalnya dengan mengembangkan kemahiran berburu, atau mungkin dia jarang memburu dan melakukan tugas lain.
"Berdasarkan andaian statusnya, Perak Man mungkin seorang yang dihormati dalam kumpulan dan mungkin juga seorang dukun dan orang yang paling berpengetahuan dalam kumpulan mengenai kelangsungan hidup, pemburuan, pengumpulan dan aspek lain dalam kehidupan seharian Paleolitik.
“Perak Man berkemungkinan hidup sebagai pemburu, sama seperti gaya hidup kumpulan etnik Negrito, yang mungkin keturunan Perak Man,” menurut para penyelidik dalam jurnal itu.
Johari berkata menerusi perkembangan terbaharu kajian berkenaan, ia dilihat membuka jalan bagi pengkaji menggunakan teknologi abad ke-21 untuk memahami bagaimana interaksi antara otak, minda, tingkah laku dan budaya berlaku pada masa lalu.
“Teknologi 3D yang ada sekarang ini mampu menghasilkan lakaran muka yang mampu memberikan kefahaman baharu mengenai penemuan prasejarah di negara kita,” katanya.- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali imbas macam muka ahmad tarmimi |
|
|
|
|
|
|
|
lower face tu iras iras macam Dr Benton, ER ye? |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik bukan muka macam Peja Azumu |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal sapa muka iras camni
Ada macam MB Perak sikit |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tgk dokumentari pasal Perak Man kat Nat Geo ke mana this man jalan tempang sket... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sama langsung
|
|
|
|
|
|
|
|
muka macam orang asli...
omg adakah meleis pendatang jua dan OA yang kita selalu kutuk oa oa tu lah native sebenar malaya hinniee? |
|
|
|
|
|
|
|
melayu sini bukan ke pendatang jua... pada zaman dahulukala... pedagang2 semua... yang native memang OA...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kena tanya Bedah Cun. Mesti seriras sebab dia orang asal tanah melayu ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian, kan kat OA padahal dia la penduduk asal malaysia ni... kita ni tok nenek moyang miut piut datang berdagang, terus buat penempatan, pastu terus conquer everything, hanya kerana ilmu yang dimiliki lebih luas dari OA yang takde exposure... tapi beza atuk nenek moyang kita, sama2 berasimilasi dengan OA...
tapi pendatang zaman sekarang ni haruslah dimaki sebab dah la masuk tanpa izin, pastu buat bangsat pulak... huhuhuu...
|
|
|
|
|
|
|
|
WOW!...11,000 tahun....mamat ni dah ikut sunnah rasul....berjanggut....Sabas.
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 25-2-2021 02:17 PM
omg terus rasa seperti pendatang
hari2 duk canang orang lain pendatang, rhoperrnyaa aku pun ...
dasar pendatang mmg camtu suke menindas org asal. huhu. org asli yg aman2 je dok dlm hutan tu pom disuruh blah utk pendatang dptkan balak. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapa muka macam anak laki jiran aku |
|
|
|
|
|
|
|
amboi sasanya bidang dada Perak Man ni..berketak dengan lebih kencang seperti genderang mahu perang.. |
|
|
|
|
|
|
|
mamajawie replied at 25-2-2021 04:15 PM
amboi sasanya bidang dada Perak Man ni..berketak dengan lebih kencang seperti genderang mahu perang. ...
tgh serius iols baca kronologi nk dpt muka;
bc komen uols terus ketawa.
cute la uols ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib org asli klantan kna tindas dgn kjaan melayu-isle..
Ceroboh tanah Orang Asli: Putrajaya saman k’jaan Kelantan
18 Jan 2019, 5:08 petang (Dikemaskini 18 Jan 2019, 5:39 petang)
Kerajaan Persekutuan atas arahan kabinet hari ini memfailkan saman sivil terhadap kerajaan negeri Kelantan kerana menceroboh tanah Orang Asli Temiar di negeri ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
"Buat pertama kalinya di negara ini, kerajaan pusat sedang melaksanakan prosiding undang-undang bagi pihak Orang Asli selaras dengan kewajipan perlembagaan dan undang-undang kerajaan persekutuan untuk melindungi dan mempromosikan kesejahteraan mereka.
"Walaupun perkara tanah dan perhutanan terletak di dalam bidang kuasa kerajaan negeri, negara perlu melindungi kebajikan Orang Asli Temiar," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Thomas, kerajaan negeri Kelantan dan agensinya telah memberikan hak pembalakan di Gua Musang kepada beberapa syarikat swasta tanpa berunding dengan masyarakat Orang Asli Temiar atau menawarkan pampasan kepada mereka.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan memandang serius pencerobohan tanah tersebut.
"Tindakan mereka menghalang Orang Asli Temiar daripada tanah dan sumber asli mereka, dan menyebabkan hakisan, pencemaran dan kerosakan yang tidak dapat diperbaiki terhadap ekologi dan landskap Pos Simpor (di Gua Musang)," katanya.
Saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu, menamakan kerajaan negeri Kelantan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, dan lima syarikat swasta sebagai pihak defendan.
Ia memohon perintah mahkamah untuk mengiktiraf hak tanah Orang Asli Temiar di Pos Simpor, dan injunksi untuk menghalang syarikat swasta daripada menceroboh dan memusnahkan tanah berkenaan untuk tujuan komersil.
Putrajaya akan mewakili masyarakat Orang Asli Temiar secara percuma.
|
|
|
|
|
|
|
|
malaysia punya tengkorak nenek moyang muka macam orang.kenape tengkorak nenek moyang sesetengah bangsa muka macam monyet |
|
|
|
|
|
|
|
Wah.. Tahniah la kepada pasukan saintis yang berjaya hasilkan anggaran rupa Perak Man berdasarkan tengkorak dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|