CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8649|Reply: 74

DJ Hina Cikgu Letak Jawatan

[Copy link]
Post time 23-2-2021 10:44 AM | Show all posts |Read mode
Penyampai radio Hitz FM Sarawak, DJ Yusuf meletak jawatan berkuat kuasa, semalam.


Ia susulan kontroversi membabitkan Yusuf, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Shukri yang mempersenda bahasa Inggeris seorang guru di aplikasi TikTok.


Perletakan jawatan itu disahkan pihak pengurusan Hitz FM Sarawak menerusi hantaran di Instagram.


"Hitz FM tetap komited untuk terus memberi maklumat dan hiburan kepada rakyat Malaysia. Berikutan siasatan dalaman kami mengenai kontroversi baru-baru ini yang membabitkan salah seorang penyampai kami, pihak kami sudah menerima perletakan jawatannya berkuatkuasa 22 Februari 2021," tulisnya.






Terdahulu, DJ Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Shukri, 29, terbabit kontroversi apabila memuat naik video di aplikasi TikTok mempersenda cara sebutan bahasa Inggeris seorang guru wanita.


Video yang dimuat naiknya itu mengundang kecaman netizen hingga dia akhirnya tampil membuat permohonan maaf di Instagram TV pada 20 Februari lalu.


Yusuf menerusi video permohonan maaf itu turut meminta bantuan secara terbuka supaya dia dapat dihubungkan dengan guru berkenaan bagi membolehkannya memohon maaf atas sikap yang ditunjukkan.


"erkara pertama adalah saya dengan seikhlas hati memohon maaf kerana mempersenda guru terbabit. Ia langsung tidak lucu dan saya tak boleh menjadikan ini sebagai alasan untuk membenarkan sesuatu sikap buruk," katanya.


Terdahulu, tindakan Yusuf memuat naik video sebagai respons kepada sebutan bahasa Inggeris guru wanita sambil memaparkan reaksinya ketawa berdekah-dekah mencetuskan kemarahan netizen yang turut mendesak stesen radio Hitz FM Sarawak memecat Yusuf.


Susulan itu, Yusof digantung tugas serta-merta menerusi kenyataan dikeluarkan wakil pengurusan stesen radio itu pada 19 Februari lalu.


Hasil tinjauan Harian Metro di Instagram Yusuf setakat ini, dia masih belum membuat sebarang kemaskini dan memaklumkan mengenai perletakan jawatannya itu. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 10:46 AM | Show all posts
ni mesti dinasihatkan letak jawatan
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:47 AM | Show all posts
Innrukia replied at 23-2-2021 10:46 AM
ni mesti dinasihatkan letak jawatan

bagus dia letak jawatan...take the responsibility mcm tu...dah ala2 mcm menteri kat Jepun dan negara maju yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:50 AM | Show all posts
wirazam replied at 23-2-2021 10:47 AM
bagus dia letak jawatan...take the responsibility mcm tu...dah ala2 mcm menteri kat Jepun dan nega ...

actually bila dinasihatkan letak jawatan tu, kalau dibuat domestic inquiry pun akan dipecat.
So dia dibg option, resign or kena terminate. Better la resign, rekod pun bersih je. Senang nk apply keje tpt lain.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:53 AM | Show all posts
ingat senang ke nak dpt keja dj radio.berlambak2 org ada bakat jadi dj
dgn saingan pelawak2 bodoh lagi, tapi kat radio melayu je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tentu laa dinasihat letak jawatan..kalau gelakkan waktu on air mau dipecat dan disaman.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2021 11:07 AM | Show all posts
so boleh la buka kelas BI
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok bagus!
Moga jd pengajaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 11:20 AM | Show all posts
mmg apa yg dia buat tu sgt2 melampau la dan menghina.

gelak skit2 sbgi lucu dh la. ni gelak dh mcm menghina sgt. aku x tau la apa didikan mak ayah dia smpi dia blh nk gelak mcm tu sekali. dgn mimik muka lg....

aku ingat dia ni dh sakit mental.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:27 AM | Show all posts
Innrukia replied at 23-2-2021 10:46 AM
ni mesti dinasihatkan letak jawatan

kan.. cume nk kuar cara berkhemah ke idak je..
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua benda nak post dan kongsi. Gelak sorang2 je le. Zaman kovid ni dah la susah nak cari kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:33 AM | Show all posts
selayaknyalah. gelak macam babi elok lah ko resign gi keja jaga babi jah boleh gelak sama2 diorang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Innrukia replied at 23-2-2021 10:50 AM
actually bila dinasihatkan letak jawatan tu, kalau dibuat domestic inquiry pun akan dipecat.
So d ...

Iols speku benda sama
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:45 AM | Show all posts
elok la resign secara bremaruah gini dari kena terminate or kena domestic inquiry .

pengajaran untuk kita semua juga ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:49 AM | Show all posts
bagus, kau gelakkan satu orang je tapi beribu-ribu orang gelakkan kau balik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Gianna111 replied at 23-2-2021 11:45 AM
elok la resign secara bremaruah gini dari kena terminate or kena domestic inquiry .

pengajaran un ...

Stuju... Supaya org lain lebih berhati2 nk muat turun apa2 kat medsoc, xkira hal apa2 pon... Lelagi yg menjengkelkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2021 11:53 AM | Show all posts
diss69 replied at 23-2-2021 11:49 AM
Stuju... Supaya org lain lebih berhati2 nk muat turun apa2 kat medsoc, xkira hal apa2 pon... Lelag ...

kadang2 kita rasa gelakan orang adalah satu perkara yang biasa dan normal.
walhal ianya sesuatu yang jatuh kepada downgrading orang lain.

i rasa dia ni jenis2 yang poyo kot.tak ada sapa ke ex schoolmate dia?lol..

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:55 AM | Show all posts
nmpak sgt kita2 je yg suka gelakkan org lain buat salah
aku tengok kat ofis aku elok je
Cina2 dgn English yg boleh tepuk dahi klu dengar
semua pangkat tinggi
mula2 aku keja dulu
bos projek aku dr Britain
paham je dia broken English kat ofis
klu tengok pelawak2 English
mcm Micheal McIntyre & Trevor Noah
selalu je pun buat joke psl accent
org English selain Britain/US
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:55 AM | Show all posts
diss69 replied at 23-2-2021 11:49 AM
Stuju... Supaya org lain lebih berhati2 nk muat turun apa2 kat medsoc, xkira hal apa2 pon... Lelag ...

muat turun ke muat naik chuols?

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2021 11:56 AM | Show all posts
okla boleh try kerjaya reaction videos pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.389907 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list