View: 1247|Reply: 6
|
Vaksin COVID-19 diperoleh Malaysia tiada unsur haram - Ketua Penolong Mufti
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Dakwaan golongan antivaksin mengaitkan suntikan vaksin COVID-19 dengan pelbagai teori konspirasi termasuk agenda Yahudi adalah tidak benar dan terpesong.
Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed, menyifatkan dakwaan terbabit sebagai tindakan tidak matang golongan berkenaan.
"Andai kata ini adalah agenda Yahudi, seperti yang kita tahu Israel adalah negara yang paling banyak memberi vaksin kepada rakyatnya, hampir 75 peratus.
"Malah, sehingga kini tiada laporan kita dengar kononnya rakyat Israel mati selepas mengambil vaksin terbabit," katanya dalam program temu bual secara langsung, malam ini.
Syed Shahridzan berkata, golongan antivaksin dilihat mencuba pelbagai cara untuk menyokong sentimen mereka termasuk mendakwa vaksin yang diperoleh adalah tidak halal.
Beliau berkata, vaksin yang diperoleh Malaysia sudah disahkan tidak mengandungi sebarang unsur haram atau meragukan.
"Golongan antivaksin ini sebenarnya salah faham. Majlis Fatwa Kebangsaan mengesahkan tiada unsur haram dan meragukan.
"Saya sendiri duduk dalam pejabat mufti dan tahu bagaimana proses serta perjalanan Majlis Fatwa Kebangsaan meneliti vaksin terbabit.
"Kita bukan buat keputusan secara suka-suka, ada pengkaji, kita panggil Kementerian Kesihatan (KKM), panggil mereka yang pakar, sampaikan kita siasat KKM ibarat kita menyiasat penjenayah," katanya.
Sumber - BeritaHarian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
orang tak persoal dah bab halal tu syed.. orang dok pertikai tahap keberkesanan dan apa kesan akan datang lepas vaksin tetap kena sop norma baru bagai? then for what. adeh |
|
|
|
|
|
|
|
ye dia bercakap dari konteks dia sebagai penolong mufti. kalau dia cakap pasal keberkesanan vaksin, nanti dia caras DG KKM |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya dah banyak article di makalah akademik dan portal yg ditulsi oleh ahli akademik pun yg memerihalkan tentang vaccine, jenis vaccine and keberkesanan dan ditlis oleh pakar.
cuma, nak baca ke tak je - itu sikap.
so, biasalah segelintir kelompok macam ni - dah ada pun siaran radio semua tapi adakah mereka jenis BERANI bertanya? no.
dalam media sosial boleh lah tulis macam macam.
|
|
|
|
|
|
|
|
wnwa05 replied at 23-2-2021 06:07 AM
orang tak persoal dah bab halal tu syed.. orang dok pertikai tahap keberkesanan dan apa kesan akan d ...
Banyak saintist sudah pun publish their data. Boleh Google.
Boleh la klik links di bawah ye. Tak lama 1 min aja
https://www.instagram.com/p/CITjKGYgWM8/
https://www.instagram.com/p/CLX9LuUgnre |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni umat islam bemalas malasan untuk kemasjid,ibadah malam dan sunat apatah lg ilmu agama tolak tepi bulat2 percayalah cakap aku. |
|
|
|
|
|
|
|
kita haruslah kembali ke islam yg sebenar |
|
|
|
|
|
|
| |
|