CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 723|Reply: 1

[Tempatan] KBS tubuhkan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri

[Copy link]
Post time 18-2-2021 09:20 PM | Show all posts |Read mode
https://www.bharian.com.my/berit ... ada-perdana-menteri

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) kini dalam proses menubuhkan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri.

Penubuhan persatuan ini bertujuan memperkasakan belia KBS dan pengiktirafan kerajaan terhadap suara anak muda yang diterajui oleh MBM.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata kumpulan itu akan berfungsi sebagai badan yang dapat memberikan pandangan, idea serta kerangka strategi hala tuju dasar negara dalam pelbagai bidang.

Katanya, ini selaras dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030), selain menjadi pelengkap kepada usaha pembangunan belia oleh pihak kerajaan, khususnya pasca pandemik COVID-19.


"Persetujuan Perdana Menteri untuk menubuhkan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri ini membuktikan bahawa beliau mengiktiraf dan sedia mendengar suara anak muda hingga ke peringkat akar umbi.

"Ia memberi ruang dan nafas baharu kepada gerakan belia di negara ini yang menjadi antara watak penting pembinaan negara.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri atas pengiktirafan ini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Penubuhan Kumpulan Penasihat Anak Muda kepada Perdana Menteri itu adalah seiring dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Sambutan Hari Belia Negara 2020 di Johor Bahru, pada 15 Ogos tahun lalu.

Justeru, pencalonan kumpulan ini akan dibuka mulai 16 hingga 28 Februari ini kepada belia berumur tidak melebihi 35 tahun dan memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan memiliki pencapaian dalam pelbagai bidang seperti Ekonomi, Kesihatan, Sosial, Sains dan Teknologi, Pendidikan dan Antarabangsa dan lain-lain di samping turut memiliki ciri kepemimpinan yang baik.

Belia dipelawa untuk memohon dengan melayari http://ebelia.iyres.gov.my dan sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepadapenasihatmuda@kbs.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2021.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2021 09:23 PM | Show all posts
inilah yg dinamakan memperjuangkn orang muda

orang muda didahulukan

pencacian diutamakan

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.266643 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list