View: 4639|Reply: 15
|
Mengejutkan! Plot Twist Episod Akhir Drama Takdir Yang Tertulis Dapat Pujian
[Copy link]
|
|
Drama tontonan ramai, Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin sudahpun sampai ke penghujungnya semalam (16 Februari).
Sebelum ini, rata-rata netizen netizen mengharapkan ada kesudahan yang baik buat semua watak dalam cerita ini.
Kredit foto: Google
Kesudahan episod akhir drama Takdir Yang Tertulis cukup mengejutkan!
Jalan cerita yang ditunggu-tunggu ramai ditamatkan dengan babak Juweta (Nad Zainal) dan Ruhila (Elvina Mohamad) berbahagia di samping anak tersayang Mika (Iman Isaac) disiarkan.
Episod akhir juga turut membongkarkan identiti sebenar bapa Mika membuatkan sosial media riuh rendah hingga menjadi trending di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Bayangkan selama berbelas episod, kita rasa kita sudah tahu sangat siapakah ayah Mika, sekali orang yang tak disangka-sangka adalah dalangnya. Rupanya Mika bukan anak Ean, tapi anak Hakim. Mika kalau diterbalikkan, jadi Akim, kan?
Kredit foto: gulapop.com
Tidak dijangkakan - sebelum credit akhir drama tersebut dipaparkan pada penghujungnya, kelihatan terdapat babak Akim (Muaz Fitri Maslan) memasukkan bahan terlarang ke dalam minuman Ean (Alvin Chong) dan Ruhila selain tertawa di sebalik tirai besi.
Malah, babak tersebut juga tidak diketahui oleh pelakon-pelakon utama termasuk Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad. Perkara itu didedahkan Nazim sendiri menerusi satu komen yang ditinggalkan menerusi posting milik pelakon Muaz Fiti Maslan.
Kredit foto: Instagram Muaz Fitri Mazlan
Apa-apa pun, drama Takdir Yang Tertulis banyak memberi pengajaran buat kita. Yang pasti, satu Malaysia 'kena tipu' kerana jalan cerita drama ini di luar tekaan peminat setianya.
Mungkin ada sambungan Takdir Yang Tertulis 2.0 kan? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku tak follow drama ni..awal2 je lepas tu malas |
|
|
|
|
|
|
|
okay la ending cerita ni.. better dr adelia sofea..
yg samanye, suka tak cerita motif dendam..
si cik salmah tu tak habis2 cakap harta juweta tu patut dpt kat dia..
tp takde pulak tunjuk sbb apa.. igtkan mak juweta caras bapak dia ke atau nenek juweta tak restu bapak dia ngan cik salmah.. |
|
|
|
|
|
|
|
hakim belom tentu bapak dia..kalau ada lg episod mungkin masa tu ean bgn ke tekejut ke..hahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
akak tak pernah tengk and tak rasa nak tengok. so next pls |
|
|
|
|
|
|
|
Best sgt ke drama pkl 7 ni..? |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 mika tu anak pak majid. Pak majid kn playboy.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ilham daripada stadium ffira mikah kat kuala nerang nun ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ada 1 persoalan
juwita perempuan yg careless n sign everything even tukar nama her shares.
selepas curi2 rampas shares juwita di awal cerita, azlan halau juwita rampas kereta dan rumah.
share yg dirampas tadi dirampas lagi secara curi2 oleh mama ruhila sbb
azlan careless jugak so,
mama ruhila jd pemegang saham terbesar.
akhir cerita,
"uncle" juwita dari oversea pulangkan 5% shares so, juwita jadi
ceo semula dan balik ke office dgn riang gembira.
persoalannya,
how come 5% jadi the biggest shares ??
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jeligoreng at 23-2-2021 03:13 PM
I think tak silap i 5% tu tambah kepada Juweta's exisiting shares. 5% tu hadiah dari ayah Juweta kepada Pakcik tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jeligoreng at 23-2-2021 03:14 PM
I rasa ciksalmah ni tuntut dok claim harta tu sebab Azlan tu jadi pak sanggup. And dia bagi ila kawin dengan Azlan sebab azlan "kaya", dia tak tau harta tu semua harta juweta. orang tamak ni memang ingat harta orang tu harta dia. i pernah jugak tengok drama korea yang dia ambik duit orang lepas tu dia claim tu duit dia haha i get the same energy from ciksalmah
but plot twist dia not bad la. i ingat awal-awal ila tu innocent, patut dia resah semacam
|
|
|
|
|
|
|
|
tak logic beb, sbb benda ni start sebelum tu lg..
sebelum ila mengandung lg.. (kalau ikut plot dia la, sejak dr si akim rogol ila lg)
pastu mana makcik salmah tahu yg juweta nak bela budak tu, ila pun tak tahu mula2 laki dia yg bela budak tu..
and lg satu, makcik salmah siap marah juweta depan2, ckp harta tu patut dia yg dpt, as in dia ex bapak juweta gitu haha
tp biasalah, cite budak ijat mmg selalu camni.. tunggu la kot ada sambungan kedua, nak cerita apa plan akim ngan makcik salmah sebenarnya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin share Azlan 40%
Share Juwita 38%
Baki 22% adalah diagihkan kepada minor investor2 lain termasuklah uncle Juwita yang ada 5% miliknya.
Masa ni Azlan adalah majoriti shareholder.
Kemudian uncle Juwita jual share 5% kepada Juwita jadi share Juwita menjadi 43%
Sekarang Juwita adalah majoriti shareholder.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok... bapak Mika is Akim.
Fine.
Tapi apa motip Akim rogol Ila?
Akim ada tak puas hati dgn Ila dan Ean ke?
Bukan ke Akim dendam dekat Juwita?
Yang pi rogol Ila tak pasal2 tu apa kes? |
|
|
|
|
|
|
|
juwita mana ada shares anymore sejak azlan songlap all her share (tipu sain)
sila review siri azlan halau juwita dari office.
he got everythings by that time.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|