Bapa Nicki Minaj maut dalam kes langgar lari
NEW YORK: Bapa penyanyi rap, Nicki Minaj, meninggal dunia akibat kes kemalangan langgar lari di New York City, menurut polis pada Ahad (14 Feb).
Menurut kenyataan Jabatan Polis Nassau County, Encik Robert Maraj, 64 tahun, dilanggar ketika beliau sedang berjalan di Mineola, Long Island sekitar 6.15 petang (2315 GMT) pada Jumaat lalu.
Pemandu itu melarikan diri dari tempat kejadian dan Encik Maraj yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia pada Sabtu.
"Siasatan sedang dijalankan," menurut pihak polis.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak pula mendedahkan hubungan Encik Maraj dengan Minaj, tetapi jurucakap polis kemudian mengesahkan bahawa mangsa adalah bapa penyanyi rap tersebut.
Minaj, 38 tahun, dilahirkan di Trinidad dan Tobago dan dibesarkan di kawasan setinggan Queens di New York City.
Penyanyi rap itu pernah dicalonkan bagi 10 anugerah Grammy sepanjang kerjayanya.
- AFP/NA/na
|