CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1468|Reply: 0

Kakak Dia Saman Mariah Carey RM5 Juta

[Copy link]
Post time 9-2-2021 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Kakak Saman Mariah Carey RM5 Juta


Penyanyi, Mariah Carey, berdepan saman bernilai hampir RM5 juta daripada kakak sulungnya iaitu Alison Carey. Menerusi laporan The Guardian, Alison mendakwa adiknya itu telah memfitnah, memalukannya dengan dahsyat dan membuat pembohongan ketika menulis sebuah buku yang dikenali sebagai ‘The Meaning of  Mariah Carey’ pada tahun lalu.


Alami tekanan emosi



Menurut Alison, dia mengalami masalah tekanan emosi sebaik sahaja membaca pertuduhan yang tidak berasas tersebut. Tambahnya, dia berasa seolah difitnah sebaik sahaja membaca topik ‘Dandelion Tea’ yang terkandung dalam buku berkenaan.

Antara isi kandungan yang terkandung dalam topik tersebut adalah Alison pernah mencederakan adiknya itu dengan air teh panas sehingga dia mengalami kecederaan tahap ketiga. Malah, pelantun suara ‘My All’ ini juga mendakwa kakaknya itu ingin menjualnya kepada seorang bapa ayam di samping memberi pil terlarang yang dikenali sebagain ‘Valium’ sewaktu usianya 12 tahun.

Nafi semua dakwaan



Walau bagaimanapun, Alison menafikan semua dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa adiknya itu telah mencalarkan imej dan reputasinya di khalayak ramai. Oleh sebab itu juga, dia ingin meminta ganti rugi di atas semua yang berlaku termasuk kesan emosi yang yang dialami. Sehingga kini juga, tiada seorang individu yang mewakili Mariah Carey yang muncul dan memberi kenyataan balas.

Terdahulu, sebuah buku ‘The Meaning of Mariah Carey’ telah dipasarkan di seluruh dunia. Buku yang ditulis oleh Michaela Angela Davis itu mengandungi lebih 400 muka surat yang antaranya menceritakan banyak sisi gelap Mariah Carey sebelum dikenali sehinggalah menjadi terkenal.

Sumber: The Guardian


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.043164 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list