CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5353|Reply: 32

Que Haidar Bangga, Norlia Ghani Jadi Penghias Muka Depan

[Copy link]
Post time 1-2-2021 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon, Que Haidar meluahkan rasa bangga saat melihat pelakon senior, Norlia Ghani diangkat sebagai muka depan Panca Indera menerusi sisipan sebuah akhbar perdana di negara ini.


Menurut Que Haidar, usaha seperti ini harus diperbanyakkan lagi pada masa akan datang demi memastikan sumbangan mereka dalam industri seni tanah air akan terus dihargai terutamanya buat generasi akan datang.


Foto: IG




“KALAU BUKAN KITA YANG DALAM INDUSTRI MENGANGKAT MEREKA, SIAPA LAGI? Assalamualaikum semua, saya agak tertarik untuk menulis sesuatu bila terpandang cover untuk pancaindera hari ini.


“Saya tersenyum. Rasa bangga, seronok. Tak kisahlah producer ke, pengarah ke, tv station ke, rakan-rakan wartawan ke kita kena bersama-sama.


“Saya suka tengok cover @pancaindera.mm minggu ni, saya rasa perlu diperbanyakkan lagi mengangkat lagenda-lagenda dalam industri kita,” tulisnya.


  



Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Rock Oo itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di ruangan Instagram pada Ahad.


Dalam pada itu, Que Haidar turut menyeru agar semua pihak tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan kredibiliti pelakon senior terutamanya bila mereka telah lanjut usia.




  



“Peranan kita besar dalam memastikan industri kita terus hebat dan mereka-mereka yang hebat terus dihormati dan dihargai. Bukan diperlekehkan bila sudah berusia. Bukan direndah-rendahkan bayaran mereka kerana mereka sudah berumur.


“Bermula dari kita dalam industri bagaimana kita menghargai dan mengangkat mereka, insyaallah khalayak juga akan timbul rasa hormat pada mereka,” katanya lagi.


Sementara itu, Que Haidar turut berharap agar impiannya untuk bergandingan bersama Norlia akan kesampaian satu hari nanti.


  



“Kita boleh bercakap yang kita menghormati dan menghargai mereka tapi semuanya berbalik semula dengan perbuatan kita dan apa yang kita lakukan pada mereka. Tahniah mama @norliaghani dan @pancaindera.mm.


“Dah lama teringin untuk digandingkan dengan Seniwati sorang ni, insyaallah suatu hari nanti. Amin,” akhirnya. -CARI




Sumber: Media Hiburan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila Mama Norlia sndr cool
Tak merempan lgsg
Bila kena troll
Pasti org lebih hormat
Love Mama Norlia
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Yes yes yes ! Living lejen
Dan masih relevan
Hrgai mereka tika masih ada
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 1-2-2021 12:39 PM

Lepas ni living legend Mat Sentol pulak jadi cover Panca Indera. Man of so many great ideas. Tapi sekarang PKP tak leh rentas negeri. Janganlah pulak suruh Pak Mat dari Larkin ke KL. Korang team Panca Indera yang patut ke rumah dia bila habis PKP.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
suka artis senior yg mcm ni.. kena kecam kena troll x melatah pun.. even siap throw shades lagi.. baru la setanding dgn pengalaman..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 01:23 PM | Show all posts
Que Haidar ni menua dengan berseri2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2021 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik anak que yg sulung
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa2 anak2 que haidar ni.. huntung laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 01:36 PM | Show all posts
Wah anggun Norlia Ghani.
Suka Que Haidar jugak...sangat humble.
Dah berapa kali akak nak beli lukisan dia ...asik fully booked.
Cantik2 lukisan Que..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak paham 1 je

Make up artis ke sapa yg terlibt gayakn artis klu photoshoot ni
Kenapa yg bertudung mesti korg boh turban kat dorg
Korg dah xde idea sht dah ke?
Ke korg rasa nmpak classy sgt bila pkai turban tu?

Ko igt lawa ke turban tu????


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
depresio replied at 1-2-2021 02:10 PM
Aku tak paham 1 je

Make up artis ke sapa yg terlibt gayakn artis klu photoshoot ni

Sesekali apa salahnya meraikan fesyen
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak biasa la panggil dia ni norlia ghani. Pada aku dia tetap Joyah, dulu dan sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 1-2-2021 02:58 PM
Aku tak biasa la panggil dia ni norlia ghani. Pada aku dia tetap Joyah, dulu dan sekarang.

Joyah dah sinonim dgn dia kann.. menjadi watak dia dlm drama opah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 1-2-2021 03:04 PM
Joyah dah sinonim dgn dia kann.. menjadi watak dia dlm drama opah..

Kannn... terlalu sinonim dia dgn watak Joyah tu, walaupun dia banyak berlakon cerita lain.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 1-2-2021 03:06 PM
Kannn... terlalu sinonim dia dgn watak Joyah tu, walaupun dia banyak berlakon cerita lain.

Tgk pada watak kannn..
Cam mira filzah, aku sebut nama dia mak aku xkenal. Bila aku ckp si bisu baru mak aku kenal.. menjadi watak bisu drama sweet dreams
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 03:16 PM | Show all posts
asal ropa ko dah makin samdawan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2021 03:25 PM | Show all posts
wan maimunah pulak nextt
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
iols mati2 ingatkan ogy okay hahaha

retis senior yg iols bergambar sambil panggil makcik joyah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 04:02 PM | Show all posts
Lejen kutub utara kutub selatan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2021 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
beza btul penampilan que haidar & zain saidin. que nmpk masih hawt bergaya manakala zain saidin nmpk rupa abah2 sgt padahal zain saidin masa bujang dulu nmpk hawt jugakkk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.095883 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list