CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2003|Reply: 2

Paris Hilton Harap Anak Kembar

[Copy link]
Post time 30-1-2021 09:02 AM | Show all posts |Read mode

Kini jalani proses IVF untuk mendapatkan cahaya mata bersama kekasihnya, Carter Reum


Harian Metro

Susunan Najiy Jefri
najiy.jefri@[email protected]

SELEBRITI terkenal Paris Hilton mengakui dirinya kini dalam proses mendapatkan cahaya mata.

Hilton mendedahkan dia kini sedang menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dan berharap dikurniakan anak kembar bersama kekasihnya, Carter Reum.

"Kami sedang melakukan rawatan IVF, jadi saya boleh pilih nak anak kembar sekiranya saya berminat. Saya dan Reum mempunyai perancangan untuk berkahwin.

"Malah kami juga sudah ada nama untuk bayi kami. Saya begitu teruja untuk melangkah ke peringkat seterusnya dalam hidup saya dan akhirnya kehidupan saya bakal sempurna," katanya.

Bintang Hollywood itu berkongsi perkara terbabit ketika ditemu bual menerusi program The Trend Reporter baru-baru ini.

Menurut Hilton, selebriti sensasi Kim Kardashian adalah individu yang bertanggungjawab memberi nasihat supaya dia melakukan proses IVF.

"Sebenarnya Kardashian yang beri nasihat ini. Saya tak pernah tahu mengenai rawatan ini.

"Jadi dia perkenalkan doktor yang pernah merawatnya sebelum ini kepada saya," katanya.

Hilton memaklumkan, dia sudah selesai menjalani prosedur pengambilan sel telur.

Biarpun proses yang dilalui tidak mudah, namun dia bersyukur Reum sentiasa menjadi penguat dan memberikan sokongan.

"Proses ini tidak mudah tapi saya tahu semuanya akan berjalan lancar.

"Mujur Reum begitu positif dan memberikan sokongan yang tidak henti. Dia selalu membuat saya berasa seperti seorang puteri setiap saat sekali gus rawatan yang dilakukan tidak membuatkan saya berasa teruk," katanya.

Dalam pada itu, Hilton mengakui Reum adalah lelaki yang tepat untuk mendampingi hidupnya.

"Saya sentiasa bersemangat untuk melangkah ke fasa seterusnya dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan Reum.

"Saya percaya dengan memiliki keluarga dan anak adalah pelengkap kepada sebuah kehidupan. Saya belum mengalaminya kerana saya berasa tiada yang sesuai untuk memenangi hati saya. Tapi sekarang saya sudah menemui orangnya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2021 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols ada follow support grup utk ivf ni pakat la mak2 omputeh dok maki si paris ni sbb mcm mempersendakan ivf smata nk dpt twin. Olohh emo ny ibu2 tersbut lantak dia lah nk ivf nk dpt twin ke apa rasanya bersepah retis buat ivf nak dpt twin. Lgpon si paris ni mmg terknal dgn kebodohan dia so statment dia kalu x bengap xsah
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2021 10:36 AM | Show all posts
Lantak dialah duit kan banyak umur pun dah makin meningkat, time c19 ni tak banyak job ramai yang buat anak je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.042948 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list