CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21424|Reply: 208

Kecewa kedai makan tutup awal, hashtag #SiBodohKauDengarSini menjadi sohor di t

  [Copy link]
Post time 19-1-2021 09:53 AM | Show all posts |Read mode
Kecewa kedai makan tutup awal, #SiBodohKauDengarSini sohor kini

https://www.malaysiakini.com/news/559535

Diterbitkan 19 Jan 2021, 9:34 am
Dikemaskini 9:42 am



Gara-gara kecewa dengan waktu operasi kedai makan semasa perintah kawalan pergerakan kedua (PKP 2.0) menyebabkan hashtag #SiBodohKauDengarSini menjadi sohor kini di Twitter.

Segalanya bermula apabila seorang pengguna akaun Twitter @farhanazahan merungut sudah dua kali tidak dapat makan malam kerana tidak dapat membuat pesanan makanan.

Farhan juga mengadu dia bukanlah seperti menteri yang memiliki pembantu rumah untuk menyajikan makanan setelah pulang dari bekerja.

Di bawah peraturan PKP, restoran atau kedai makan mesti menamatkan operasi pada pukul 8 malam. Ini bermaksud perkhidmatan penghantaran makanan tidak lagi menerima pesanan seawal jam 7.20 malam.

Namun pengguna twitter lain @ puterirajaawan membalas rungutan itu dengan mengatakan orang ramai tidak sepatutnya mengeluh, sebaliknya boleh membeli makanan lebih awal dan memanaskannya keesokan harinya.

"You tau you balik kerja lambat, you order lah one day before lepas tu letak la dalam fridge. Esok reheat je lah. If theres a will theres a way bro," ciapnya.

Pendapat itu menimbulkan kemarahan pengguna akaun @yarafaee_ yang menulis "Si bodoh, kau dengar sini" bagi meluahkan perasaannya.

"Orang balik kerja tak ada masa nak masak sebab awal pagi esok dah kena pergi kerja balik," tulisnya.

Ciapan itu mendapat lebih daripada 9,500 ulang ciap dan 16,300 tanda suka dalam sehari.

Pengguna Twitter di Malaysia kemudian mula menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini sehingga menjadi sohor malam tadi dengan lebih 30,000 ciapan menggunakan hashtag berkenaan.

"Itu adalah 'opening statement' paling 'power' yang pernah ada. Saya percaya ia khusus untuk ahli politik," kata pengguna Twitter @ellOnMars_

"Saya tertanya-tanya mengapa #SiBodohKauDengarSini menjadi trending dan ternyata tweet ni rupanya (oleh @yarafaee_).

"Saya boleh masak dan bekerja dari rumah tapi ya, simpati terhadap orang lain sangat diperlukan pada masa seperti ini," kata @dha_nuy.

Pengguna Twitter Kashalia26 juga berkongsi masalah yang dihadapi dia dan keluarga apabila kedai makan ditutup awal.

"Suami bergegas pulang untuk beli makan malam sebentar tadi. Dia sempat jam 7.30 malam, tapi semua restoran dan ditutup, sebab mereka hadkan makanan agar tak ada lebihan ketika ditutup pukul 8 malam. #SiBodohKauDengarSini, " tulisnya.

Pengguna Twitter juga menggunakan ungkapan "Si bodoh kau dengar sini" untuk melakukan pelbagai meme.

PKP 2.0 mula berkuatkuasa pada 13 Jan dan akan berlangsung sehingga 26 Jan dengan kemungkinan tempoh itu dilanjutkan.

Ini bertujuan mengehadkan pergerakan orang ramai bagi membantu mengekang penyebaran wabak Covid-19.


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Excuses. Ejas je lah. The new fucking norm.


Bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hendak seribu daya.....tak hendak seribu dalih................"r u stupid or something"???-forrest gump......
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:01 AM | Show all posts
perkara kecik macmni pun tak reti handle, belom lagi berkorban sanggup ke mati kebuluran berperang demi kedaulatan Negara tercinta. Bahasa mcm org takde tamadun hilang nilai jatidiri hanya kerana takdpt makan malam. merungut siang malam. baideway..kalau dah waktu keja mcmtu, siapkan roti/instant noodle ala kadar utk isi perut ckuplah. aku mmng tak ajar anak makan belebih2 mcm dalam syurga..dlm syurga tu masud dia tiap saat ada hidangan sedap2. ckuplah simple2 jah. duit lebih bole simpan. besar tau belanja makan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Gi mati la rakyat. Ini merungut. Itu merungut. Padan muka ngkau segala2 nak buat last minute.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:05 AM | Show all posts
susah sangat ke nak pikir, kau order la awal sejam, deliver kat ofis,then ko bawa lah balik.. ni bukan #sibodohdengarsini ini dah #bangangbendasimplepuntakbolehpikir.

nak makan panas2 kau usaha masak sendiri lah.


yang sorang lagi batu api kata suami bergegas nak beli makan. hmm..kau takleh masak ke?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2021 10:06 AM | Show all posts
Bila sesuatu arahan tak benar2 diperhalusi buruk baik impactnya nanti pasti akan kedengaran suara2 macam ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekara yg lebih menyakitkan hati rakyat lebih drp kebodohan kerajaan tebuk atap ialah kegigihan cacai tebuk atap mempertahankan kebodohan itu..

Rakyat dh tegur tu U turn ajelah..mcm kerajaan PH buat selalu tu..

Tak payah malu nk uturn lah

Baru kau tau apa erti uturn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 19-1-2021 12:09 PM

Msk nasi putih pon ssh ke..grg sayo & ikn grg pns2 pon dh ok..sambal beli la kat shoppee mcm2 ada.ni klu nk mkn sdp hari2 main oder je mmg kebuluq la ..dah mmg semua tutup kedai kul 8!!!masalah nye ko kn blh oder food panda awal2..dh knp nk g kedai jgk mmg semua tutuppp la jwbnye.aku walopn dh msk mcm2..tp ank2 aku tetap nk telor dadar.sampai skrg derang bab mkn nasi tu x kisah..kdg aku majuk x nk msk penat2 buat rendang, pajeri nenas bagai..balik2 telor dadar jgk yg laku..tp mkn benda lain yg bkn2 kemain hebat ank2 aku..bab mkn nasi mmg x kisah dgn telur dadar pon dh blh hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kasibiman replied at 19-1-2021 09:56 AM
Excuses. Ejas je lah. The new fucking norm.



Setuju sangat.
Kebanyakan generasi sekarang jenis biadap, kaki komplen dan tak bersyukur. Semua benda tak kena di mata diorang.
Bukan nak cuba sesuaikan dengan keadaan semasa.
Jenis macam ni elok cepat mampus je dan jangan membiak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca luahan dia kat twitter.

Masalahnya ialah dia penat sgt dah balik rumah, tak larat nak masak lagi. Tu ok

Megi kan ada. Tak susah tu. siang2 makan la lebih sket. Malam makan simple2

Kalau taknak megi jgk, buat la intermittent fasting. Jangan la maki2 orang. Ayat pun tak manis.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih dikk
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 19-1-2021 10:19 AM
Setuju sangat.
Kebanyakan generasi sekarang jenis biadap, kaki komplen dan tak bersyukur. Semua b ...


Setuju sgt...tak reti2 nak adjust hidup ikut keadaan. Pikir diri sendiri jer manusia mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:23 AM | Show all posts
budak2 kencing bercabang ni nak nampak hebat maki2 carut kat twiter, sekali polis baru bagi salam trus terkencing dlm seluar
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:26 AM | Show all posts
kepala bana la cukur2...

buka jer la kedai makan sampai pukul 9 ker 10 ker..at least ekonomi naik la sikit, orang2 jual makanan dapat la sustain hidup..

ada beza ker 1 jam? kalau 7.59 pm covid19 tak masuk kerja lagi ke camne, pukul 8.00 pm terus covid serang?


takyah benarkan makan di kedai, tapi benarkan jer la buka lewat sikit dari pukul 8.00 pm tu...


nak harap food delivery, harga yahudi, tu pun kalau apps tak jem sebab masuk order banyak sangat..


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:26 AM | Show all posts
baru la aku tau mana dtg ayat tu...tertanya2 dr semalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dak twiter memang bodoh..haha...dah tau reetoran tutup kol 8 kenapa x oder awal...dah tau balik kerja lambat kenapa tak penuhkan peti ais rumah dgn frozen food.skrg macam macam makanan nasik lemak spageti just rheat dlm microwave je dah boleh makan.zaman darurat kan makan je la apa yg ada.kesah sgt kitaorg dgn perut ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2021 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kensel je lah pkp darurat ni semua. Lantak lah rakyat pandai2 la nak hidup. Banyak sangat komplen dari rakyat marhaen b40 sampai la pokcik Nuar Berahim.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:36 AM | Show all posts
Pucuk pangkal nya diri sendiri. kalau x nak masak..atas alasan apa pun (malas ke, penat ke, teringin menu itu ini yg ada kat luar ke), plan betul2. Order je awal. Tak susah mana pun. Balik boleh je panaskan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:38 AM | Show all posts
zaman now...

semua kena ejas...

kena start beli beras, telor la dik letak kt pantry/dapoq

balik je tanak nasik atas dapur (15minit), goreng tolo (3 minit) - basic

lg cepat dr nk nunggu order kt kedai time2 magribi tu...

dah pandai sikit, buat sayor goreng

dijamin bersih, dan sihat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2021 10:42 AM | Show all posts
stanbai la megi ke naget ke.. sosej ke... bkn susah pun nak sedia...takpun sebelum g keja masak la nasik dulu... balik nnti panaskan jelah... goreng telo.. itu pun nak kena ajo ke?

kat 7e ade je jual mknn panas balik je jenama cp ke apatah... spageti ade... nasik goreng ade... nasik lemak pun ade.. tinggal masuk microwave je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.140244 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list