Ciuman menjelaskan perasaan kasih sayang. (Gambar Rawpixel)
Bercium sebenarnya adalah perkara normal dilakukan oleh pasangan untuk menunjukkan rasa kasih sayang.
Menurut Psychology Today, ciuman adalah tanda cinta dalam mewakili sebuah hubungan. Akan tetapi, bercium juga memiliki beberapa manfaat menarik.
Berikut adalah beberapa fakta ringkas mengenainya:
1. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Menurut Danielle Rosen, seorang editor senior di CIA Medical mengatakan pertukaran kuman melalui ciuman boleh meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
“Malah, pelepasan oksitosin melalui sentuhan ini juga mendorong endorfin menjadikan anda merasa lebih sihat dan kuat,” ujarnya lagi.
2. Mengurangkan stres
Ciuman juga dapat menurunkan hormon stres iaitu kortisol.
Wendy Hill, seorang pakar otak, menemukan fakta bahawa pasangan yang berciuman selama 15 minit memiliki tahap kortisol yang lebih rendah.
3. Menjadikan kulit lebih cantik
Menurut pakar hubungan, Megan Stubbs, EdD, ACS, berciuman melibatkan lebih dari 30 otot wajah.
“Sekiranya rajin menggunakan otot tersebut, akan membuat pipi anda menjadi lebih tegang dan memiliki bentuk sempurna sehingga usia tua.
4. Membuat mulut anda sihat
Mengikut kata Dr Vivika Joshi, doktor di DrFelix, “Bercium dapat meningkatkan produksi air liur yang berisi zat untuk melawan bakteri dan virus.
“Apabila anda bercium, ia akan meningkatkan produksi zat tersebut dan membantu menjaga kesihatan mulut, gusi, dan gigi,” ujarnya lagi. |