KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Betul ke berkumur dengan ubat kumur boleh bunuh COVID-19?
Benda ni hangat beberapa hari ni.
Macam ini. Saya terangkan dari sudut pergigian.
Di klinik gigi, kami dah practice benda ini. Sebelum buat rawatan yang menghasilkan aerosol (tampalan, scaling), kita akan minta pesakit berkumur dulu dengan ubat kumur. Kalau anda buat rawatan gigi, tak ada dapat benda ni, minta dengan doktor gigi anda.
Benda ini ada dalam garis panduan yang dikeluarkan bahagian pergigian KKM. Benda ini adalah sebagai langkah untuk mencegah penyebaran virus COVID-19 bila buat rawatan yang menghasilkan aerosol.
Ingat, benda ini sebagai langkah PENCEGAHAN. Bukan rawatan untuk COVID-19. Sama macam kita gunakan hand sanitizer. Sama macam kita basuh tangan dengan sabun.
Ubat kumur ada povidine iodine, ada chlorohexidine.
Hand sanitizer ada alkohol.
Bahan-bahan ini sememangnya digunakan untuk membunuh virus dan bakteria di permukaan.
Persoalannya sekarang, virus COVID-19 ada dalam tubuh badan orang yang dijangkiti. Macam mana dengan berkumur sahaja boleh hapuskan virus ni. Berapa kali kena berkumur baru boleh bebas dari virus ni.
Memang ada kajian berkaitan penggunaan bahan ini dan kaitannya dengan virus COVID-19, tapi hingga hari ini masih belum ada apa-apa bukti penggunaan ubat kumur merawat sepenuhnya virus ini.
Kalau nak berkumur dengan ubat kumur ini, silakan. Dari sudut pergigian, memang kita sangat galakkan. Tapi bukan buat tuntutan untuk merawat COVID-19.
Post time 15-1-2021 09:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by sehirkedi at 15-1-2021 10:05 AM
Ya doc.. Mungkin tak dapat bunuh virus covid tapi dapat mengelakkan kuman membiak kat tekak lalu kena sakit tekak dan melarat ke demam.
Ubat kumur yg ada di pasaran mahal. Lis****e under company bill gates gilak.
Paling efektif, beli hydrogen peroxide 3% yg food grade. Boleh cari di shoppee atau lazada. Lepastu ambil sikit hyrdogen peroxide campur secawan air. Kumur 30 saat. Ni yg iols cuba dulu bila rasa nak kena sakit tekak. Amat mujarab. Esoknya tekak dah ok. Sekarang terus amalkan hari-hari.
Oh.. Ya.. Selain tu banyak kegunaan hydrogen peroxide ni. Antaranya:- mencegah bau mulut
- memutihkan gigi
- hilangkan kesan darah pada fabrik
- kecutkan jerawat
- cuci/putihkan tilam yg kotor
- selamatkan pokok yg hampir mati
- menggantikan racun untuk tanaman
- dan banyak lagi
*sebelum menggunakan hydrogen peroxide, rujuk dulu pada yg pakar bangaimana mengendalikan hydrogen peroxide, kerana cecair ni perlukan pengetahuan untuk dikendalikan.
Post time 15-1-2021 09:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
err aku hari2 kumur listerine sejak dulu. sdikit sebanyak harap cegah kuman yg tlg buat aku sakit tekak n demam. now if demam kpala panas xle naik Lrt, msuk kedai
Dari dulu dah biasa hari2 kumur listerine bukan bila wabak dah melanda baru guna. Anggap je lah macam guna hand sanitizer disamping boleh jaga kesihatan mulut bagi nafas segar. Tak ada masaalah dengan bau nafas bila dah lama guna face mask. Yang suka bau nafas kepam lantak kan aja kalau tak nak guna. Benda pun dah murah kat kedai RM2.10 tu pun ada jual.